Digelar ‘Queen of Part Timer’, Gadis Ini Berjaya Kumpul 6 Uniform Kerja Sebelum Genggam Segulung Ijazah – Manis Madu
Digelar ‘Queen of Part Timer’

Digelar ‘Queen of Part Timer’, Gadis Ini Berjaya Kumpul 6 Uniform Kerja Sebelum Genggam Segulung Ijazah

Bekerja sambilan ketika masih bergelar pelajar dan penuntut IPT untuk mencari duit poket dan menambah pengalaman bukan satu perkara baru dalam kalangan pelajar.

 

Baru-baru ini tular di media sosial sebuah video TikTok yang memaparkan seorang gadis mengenakan pakaian seragam ketika bekerja sambilan di lokasi berlainan. Kagum Madu tengok!

 

Penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam ini berkata dia tidak menyangka video tersebut akan tular kerana ia terhasil selepas mendapat inspirasi daripada sebuah video menarik yang memaparkan fesyen baju yang bertukar-tukar.

 

Idea itu tercetus apabila dia terjumpa kesemua baju yang pernah dipakai ketika melakukan kerja sambilan ketika mengemas bilik dan menimbulkan rasa rindu terhadap tempat kerja lama.

 

Menurut Nurin Alina Abdul Halim, 22, dia pernah bekerja sambilan di enam tempat berbeza setiap kali cuti semester bagi mendapatkan pengalaman berbeza.

@autotoheryAda yang pernah jadi part time tak? Korang pernah kerja apa? Cuba laporkan diri hehe ✨😝 #fyp #fypシ #viral_video #tiktoker #frontpage♬ original sound – Nurin

“Queen of part timer” tulisnya di kapsyen video TikTok yang tular.

 

Sehingga kini, video tersebut mendapat 37,000 tanda suka dan 1017 komen dalam kalangan pengguna aplikasi TikTok.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nurin Adlina (@ainaa.rin)

Menurut Nurin, dia mula melakukan kerja sambilan sejak berusia 18 tahun lagi. Setiap cuti semester akan dimanfaatkan untuk mencari pengalaman baru kerana baginya ia sangat berguna di masa akan datang.

 

“Kenapa saya tak putus kerja sambilan ini sebab saya nak kaya dengan pengalaman. Bukan duit saya pentingkan tetapi saya hargai pengalaman.

 

“Pengalaman ini bukan sahaja mematangkan saya tetapi banyak mengubah saya dari segi cara berkomunikasi, menyelesaikan masalah dan banyak lagi.”

 

Anak ketiga daripada enam beradik ini pernah bekerja dengan beberapa syarikat seperti Jakel di Kuala Terengganu, Texas Chicken dan Nandos di One Utama, McDonald’s Bandar Utama, Kyochon, Setia City Mall dan Ikea di Damansara.

Post a Comment