Diharamkan Merokok Di Semua Kawasan Pantai Sepanyol! – Manis Madu
Diharamkan Merokok Di Semua Kawasan Pantai Sepanyol!

Diharamkan Merokok Di Semua Kawasan Pantai Sepanyol!

Sepanyol bakal mengharamkan aktiviti merokok di semua kawasan pantai dan mereka yang melanggar peraturan itu boleh didenda sehingga 2,000 euro (RM9, 503).

steven-pahel-nK28xCXEAVA-unsplash (1)

Menurut laporan, undang-undang baharu itu bertujuan mengekang pencemaran yang diakibatkan oleh puntung rokok yang sering mencemari kawasan pantai di negara ini.

 

Puntung rokok merupakan satu daripada bahan pencemaran yang berbahaya kerana mengandungi polimer plastik yang tidak boleh diurai dan mengeluarkan toksik.

 

Beberapa wilayah di Sepanyol seperti Barcelona dan kepulauan Canary sudah pun melaksanakan undang-undang tersebut.

blair-vermette-LWHncFz0pdE-unsplash (1)

Pendekatan itu diputuskan beberapa bulan selepas satu petisyen yang ditandatangani lebih 283,000 penduduk diserahkan kepada kerajaan untuk mengubah undang-undang sedia ada.

 

Undang-undang baharu itu diluluskan oleh parti pemerintah, sekali gus menjadi negara pertama di Eropah yang melarang aktiviti merokok di semua kawasan pantai.

 

Beberapa negara Eropah juga melaksanakan undang-undang sama, namun hanya melibatkan sesetengah kawasan sahaja seperti di selatan Perancis dan Sardinia.

Post a Comment