Dipukul 30 Orang Lelaki Hanya Kerana Menegur Anaknya Yang Dibuli – Manis Madu
Dipukul 30 Orang Lelaki Hanya Kerana Menegur Anaknya Yang Dibuli

Dipukul 30 Orang Lelaki Hanya Kerana Menegur Anaknya Yang Dibuli

Akibat dari menegur remaja yang selalu menggangu anaknya, seorang bapa cedera di bahagian rusuk kiri, luka di kepala dan belakang badan akibat terkena pisau dalam kejadian itu.

Dipukul 30 Orang Lelaki Hanya Kerana Menegur Anaknya Yang Dibuli

Asisten Komisioner Beh Eng Lai selaku Ketua Polis Daerah Sentul berkata, kejadian yang berlaku di sebuah projek perumahan rakyat (PPR) pada 7 malam itu melibatkan seorang mangsa berusia 42 tahun yang dikerumuni lebih kurang 30 lelaki dalam pergaduhan itu.

Kronologi bermula apabila anak lelaki mangsa yang berusia 15 tahun mengadu kepada ibunya iaitu isteri mangsa melalui telefon bahawa tidak tahan diganggu oleh seorang remaja sebayanya. Mangsa yang mendengar akan khabar itu bertindak mencari remaja terbabit lalu memarahinya.

 

Kemudian, pergaduhan terjadi apabila teguran mangsa itu diketahui oleh 6 orang suspek yang berada berhampiran yang berang dan bertindak mengacu pisau ke arah mangsa serta memukul menggunakan steering lock.

 

Nasib mangsa agak baik apabila kejadian itu disedari oleh ketua blok yang bergegas ke tempat kejadian yang juga menyebabkan semua suspek itu beredar dari tempat kejadian.

 

Susulan kejadian, 2 lelaki yang berusia 14 dan 27 tahun dari semua suspek berjaya ditahan oleh polis untuk siasatan lanjut yang kemudiannya polis membebaskan remaja terbabit dengan jaminan. Manakala, seorang lagi suspek ditahan reman 4 hari. Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Post a Comment