Disambar Petir Masa Mendaki Gunung! Wanita Berlumuran Darah Di Muka – Manis Madu
Diambar Petir Masa Mendaki Gunung! Wanita Berlumuran Darah Di Muka

Disambar Petir Masa Mendaki Gunung! Wanita Berlumuran Darah Di Muka

Elak dari melakukan sebarang aktiviti luar apabila musim hujan lebih-lebih lagi jika disertai dengan kilat sambar-menyambar.

 

Baru-baru ini dua wanita ditimpa malang apabila salah seorang darinya didakwa telah mengalami kecederaan parah di muka akibat disambar petir ketika mereka sedang mendaki gunung.

 

Kejadian tersebut berlaku di Gunung Snowdon, Utara Wales pada hari rabu, 28 Julai, kira-kira jam 1.30 tengah hari.

 

Ketika dihubungi, Pasukan Penyelamat Gunung Llanberis bergegas ke tempat kejadian dengan diiringi helikopter penyelamat Coast Guard bagi membantu mangsa yang terkandas di atas gunung.

 

Setibanya pasukan penyelamat di lokasi terbabit, salah seorang wanita itu dipercayai tidak sedarkan diri dan wajah di mukanya juga berlumuran dengan darah.

 

Menurut laporan Daily Star, penyelamat memaklumkan wanita pertama itu jatuh dan tidak sedarkan diri kerana kesan kilat manakala seorang lagi hanya mengalami kecederaan ringan.

 

Kedua-dua wanita terbabit dibawa ke hospital Ysbyty Gwynedd di Bangor sejurus mereka dibawa turun dari puncak bukit. 

 

Keadaan wanita yang dipanah petir itu buat masa ini masih belum diketahui.

 

Keadaan cuaca melampau bagaimanapun dilaporkan di seluruh negara berkenaan pada hari Rabu dengan puting beliung yang dilihat berdekatan dengan penduduk tempatan di Pen Lyn.

 

Beberapa kawasan lain juga bakal mengalami guruh dan kilat yang kuat.

Post a Comment