Disangka Jenama Luar, Rupanya Jenama-Jenama Terkenal Ini Dari Malaysia!
Di dalam Malaysia ini sahaja terdapat beratus jenama yang ada dan pastinya banyak juga yang Maduners kenal dan selalu beli kan?
Tak kisahlah baju ke, makanan ke atau apa-apa jenis jenama sekali pun.
Sejujurnya, kalau anda membeli belah, lebih memilih jenama dari Malaysia atau jenama dari luar?
Haa! Mesti ada yang jawab dari luar! Kalau Maduners nak tahu sebenarnya ada beberapa produk jenama Malaysia yang sangat sinonim dengan kita tapi dianggap berasal dari luar negara.
Jadi, jom kita tengok antara top 5 jenama Malaysia yang ramai tak tahu dan sangka brand tersebut adalah dari luar negara!
#Life Sauce
Sumber: Life Sauce
Kalau Maduners nak tahu, sos cili dan sos tomato Life ini adalah jenama tempatan.
Jenama ini mula diasaskan sejak tahun 1978 dan menghasilkan lebih dari 26 juta botol dalam setahun! Banyak gilerr uolls, sos ini antara salah satu sos yang menjadi pilihan ramai.
Inilah sos yang anda selalu makan dekat KFC dan mereka memang gunakan sos jenama Life ini disetiap cawangan KFC.
Bukan itu sahaja, apa yang lagi menarik tentang jenama Life Sauce ini adalah 40% dari jumlah penghasilannya disalurkan untuk KFC dan Pizza Hut sahaja.
Selain Malaysia, sos ini juga dieksport ke Amerika Syarikat, United Kingdom, Paris, Australia, New Zealand, Japan, Hong Kong, Mauritius, Maldives, dan banyak lagi.
Jangan main-main, jenama Malaysia bukan calang-calang.
#Munchy’s
Sumber Gambar: Munchys
Munchy’s adalah jenama biskut yang paling famous di Malaysia, bukan sahaja kanak-kanak malah orang dewasa pun suka makan biskut jenama ini.
Miera percaya mesti Maduners semua pun pernah cuba biskut kering jenama Munchy’s ini kan.
Selain rasanya yang sedap, produk jenama ini juga ada menghasilkan biskut yang sesuai untuk diet sebab ia mempunyai kandungan oat dan khasiatnya yang tersendiri.
Cawangan utama Munchy’s ini terletak di batu pahat dan lebih dari 60 buah negara telah dieksport ke seluruh negara.
Jadi senanglah korang nak cari biskut kering yang halal kalau travel ke luar negara nanti sebab hampir suku dunia ada jenama Munchy’s ini.
#Beryl’s Chocolate
Sumber: Beryl’s Chocolate
Siapa yang hantu coklat dan selalu buat kek mesti tahu jenama ini. Coklat ini sangatlah sedap dan memang rasa macam coklat mahal.
Bunyi macam jenama luar tapi hakikatnya Beryl’s ini adalah produk tempatan yang bernaung di bawah syarikat Beryl’s Chocolate and Confectionery Sdn. Bhd. yang ditubuhkan pada tahun 1995.
Kilang pertama Beryl’s ini terletak di Seri Kembangan, Selangor dan korang boleh melawat ke kilang dorang juga tau. Tapi disebabkan pandemik ini terpaksa la ditutup buat sementara waktu.
Beryl’s ini pada mulanya hanya dijual di dalam pek dan dipasarkan di kedai bebas cukai dan supermarket seluruh negara.
Pada tahun 2008 dan 2013, syarikat ini membuka dua lagi kilang bagi memenuhi permintaan pelanggan dan menghasilkan lebih banyak produk baharu.
Chocolate Beryl’s kini boleh dijumpai bukan sahaja di Malaysia tapi di seluruh negara seperti Singapura, Jepun, India, New Zealand dan banyak lagi.
#Old Town White Coffee
Sumber: Old Town White Coffee
Old Town White Coffee adalah rangkaian restoran kopitiam terbesar yang diperakui halal di Malaysia.
Jenama ini mula ditubuhkan sejak tahun 1999 di Ipoh, Perak dan menghasilkan campuran produk minuman segera.
Jenama ini dikendalikan lebih dari 200 kedai kafe di seluruh Malaysia dan juga di luar negara seperti Singapura, China, Indonesia, Australia dan banyak lagi.
Konsep yang dibawakan oleh jenama Old Town White Coffee ini pun memang nampak macam luar negara, sebab itu ramai yang ingat jenama ini adalah jenama luar.
#Secret Recipe
Sumber Gambar: Secret Recipe
Secret Recipe juga merupakan jenama Malaysia yang terkenal dan menjadi kegemaran ramai.
Kedai pertama Secret Recipe ini dibuka adalah di Petaling Jaya pada tahun 1997.
Seperti yang Maduners tahu bahawa produk utama jenama ini adalah kek yang dihasilkan secara berkualiti tinggi dan sudah pasti terdapat juga menu-menu makanan sampingan yang lain seperti menu makanan Asia dan Barat.
Haa, macam mana? Terkejut tak lepas tahu jenama yang ada ini sebenarnya dari Malaysia? Come on guys! Banyak lagi jenama Malaysia yang ada dan berkualiti.
Jadi, jom sama-sama kita support pengeluaran Malaysia!