Dituduh Caj Ikan Siakap Harga Tak Masuk Akal, Pemilik Restoran Jawab Dakwaan Harga Cekik Darah! – Manis Madu
“Pelanggan Sendiri Mahukan Ikan Itu”, Pemilik Restoran Jawab Dakwaan Harga Ikan Siakap Cekik Darah!

Dituduh Caj Ikan Siakap Harga Tak Masuk Akal, Pemilik Restoran Jawab Dakwaan Harga Cekik Darah!

“Saya sudah mencadangkan kepada pelanggan itu supaya ambil ikan lain seperti merah atau kerapu dengan saiz antara satu hingga 1.5 kilogram (kg), ia lebih sesuai untuk dijadikan hidangan,” kata pemilik Restoran Terapung Sas Rimba, Norasyikin Musa.

Menurutnya, dia sendiri yang mengambil pesanan pelanggan terbabit dan memintanya untuk melihat ikan sebelum dimasak tetapi mereka tidak mahu berbuat demikian.

 

Katanya, harga bagi ikan siakap terbabit juga sudah dinyatakan di dalam menu restorannya iaitu RM16 bagi setiap 100 gram (g).

 

“Saya sudah terangkan kepada pelanggan berkenaan bahawa ikan yang dipesannya seberat kira-kira 7 kg itu tidak dijual tetapi dipelihara dalam sangkar untuk dijadikan tontonan pengunjung restoran,” katanya.

 

Norasyikin turut menafikan dia mengenakan caj tambahan bagi pembayaran menggunakan kad kredit seperti yang didakwa pelanggan terbabit.

 

Dia berkata demikian ketika dihubungi hari ini untuk menjawab dakwaan pelanggannya yang mendakwa harga ikan siakap dipesan mahal ketika mengunjungi restorannya di sini, semalam.

 

Satu resit dimuat naik individu sebelum ia tular di media sosial yang tertera ikan siakap seberat 7.48 kilogram yang berharga RM1,196.80.

 

Jumlah keseluruhan bil yang dimuat naik pelanggan terbabit termasuk hidangan makanan dan minuman lain adalah RM1,759.50 untuk tujuh orang makan.

 

Individu terbabit turut mendakwa ada menasihati pihak restoran berkenaan supaya tidak mengulanginya termasuk menghidangkan ikan sebesar itu hanya untuk tujuh orang makan.

 

Individu terbabit juga mendakwa pelanggan yang menunggu giliran membayar juga pasrah apabila bil yang dikenakan terhadap mereka sebanyak RM755 hanya untuk dua orang makan.

 

Sebagai info tambahan, ikan siakap selain mempunyai rasa yang sedap ia juga mengandungi khasiat yang banyak!

Ikan siakap kaya dengan pelbagai nutrien seperti omega 3 yang baik untuk kesihatan kardiovaskular. Ia memberikan 6-11% keperluan potassium dan magnesium harian dalam badan. 

 

Selain itu, ia turut mengandungi vitamin B1 & 6, sumber protein, fosforus dan selenium.

 

Meskipun begitu, seperti mana-mana makanan, ia perlulah diambil secara sederhana dan berpada-pada. 

 

Kebiasan orang kita, pantang dengar berkhasiat, diambilnya dengan kuantiti yang banyak. Jika berlebihan, ia boleh memudaratkan. Berpada-pada!

Post a Comment