Doula? Apa Sebenarnya Perbezaan Doula, Doktor & Bidan? Tip Untuk Ibu Mengandung! – Manis Madu
Apa Sebenarnya Perbezaan Doula, Doktor Dan Bidan

Doula? Apa Sebenarnya Perbezaan Doula, Doktor & Bidan? Tip Untuk Ibu Mengandung!

Pernah atau tidak Maduners dengar tentang Doula? Pasti korang tertanya-tanya apa benda Doula ini? Adakah sejenis makanan atau alat permainan?

 

Mengikut laporan TheAsianParent, Doula adalah perkataan yang berasal dari perkataan Greek yang bermaksud “hamba wanita” atau erti kata lain ialah seseorang yang menyediakan sokongan emosi dan fizikal terutamanya kepada ibu mengandung.

doula2

Dalam menunggu kelahiran bayi terutamanya bayi pertama, sudah pasti seorang ibu mempunyai visi dan perasaan bimbang  dalam melalui fasa kelahiran yang diinginkan. 

 

Khidmat Doula adalah sebahagian daripada pelan ibu-ibu di luar sana dalam membuat persediaan awal untuk menyambut dan menjaga bayi yang akan dilahirkan. 

 

Doula ini sebenarnya telah wujud berabad lamanya dan dikatakan mampu memberi pengalaman positif kepada para ibu yang mengandung dan bakal bersalin.

doula3

Doula dapat membantu para wanita terutamanya ibu yang mengandung agar lebih kuat dan mewujudkan pengalaman melahirkan yang lebih tenang dan berkesan. 

 

Doula pada zaman kini biasanya digunakan oleh negara-negara maju yang telah pun berdaftar dan mendapat pengiktirafan. Ia adalah berbeza dengan Bidan mahupun Doktor.

doula4

Bidan

Manakala, Bidan pula ialah seorang pengamal kesihatan yang terlatih untuk menyambut kelahiran bayi dan untuk menjaga kesihatan ibu sebelum dan selepas kelahiran. Tugas Bidan ini tidak terlalu jauh dengan Doktor.

 

Bagi negara di Malaysia, Maduners mungkin tidak biasa dengan khidmat Doula yang digunakan untuk ibu-ibu mengandung. 

 

Tetapi Maduners perlu tahu bahawa Doula ini sama sekali tidak serupa dengan Doktor dan Bidan. 

 

Ini kerana, Doula tidak boleh memberi nasihat perubatan kepada ibu hamil seperti mana yang dilakukan oleh Doktor dan Bidan. 

 

Walaubagaimanapun, di Malaysia kita masih belum lagi mempunyai sebarang persatuan Doula yang memantau kegiatan Doula di Malaysia.

 

Haa, sekarang korang dah jelaskan apa itu Doula? Jadi, nasihat untuk ibu-ibu hamil diluar sana, buatlah keputusan yang terbaik untuk masa depan anak yang bakal lahir!

Post a Comment