Dr. Noor Hisham merupakan salah seorang doktor yang terkenal di seluruh dunia – Manis Madu

Dr. Noor Hisham merupakan salah seorang doktor yang terkenal di seluruh dunia

Tahu tak Maduners, Dr Noor Hisham merupakan salah seorang doktor yang terkenal di seluruh dunia? Sebelum tu, Madu akan menceritakan sedikit tentang beliau kepada Maduners.

 

Dr. Noor Hisham ialah seorang Ketua Pengarah Kesihatan dari Malaysia yang telah merawat pesakit Covid-19. Berdasarkan China CGTN (China Global TV Network), beliau merupakan salah seorang daripada 3 doktor yang sedang berlawan dengan wabak coronavirus ini bersama dengan Dr. Anthony Fauci (Amerika Syarikat) & Ashley Bloomfield (New Zealand).

Mereka bertiga sangat tenang, jelas dan sentiasa berkongsikan maklumat serta fakta tentang wabak ini di dalam media sosial. Walaupun mereka bukan daripada menteri kabinet, hasil kerja mereka sangat bagus, cekap dan tenang dalam menangani masalah ini.

 

CGTN juga mengatakan disebabkan sikap rendah diri dan peramah Dr. Noor Hisham, Malaysia sangat untung kerana adanya beliau dalam melawan wabak covid-19.

 

Beliau bukan sahaja seorang doktor tetapi seorang hero dan pahlawan kepada tanah air kita, Malaysia.

Post a Comment