Drinkable Sunblock? Doktor & Netizen Soal Kandungan Gula Tinggi Dalam Produk!
Kecoh diperkatakan di laman sosial mengenai sebuah video yang tular di aplikasi TikTok dan Twitter melibatkan produk ‘sunblock’ atau ‘sunscreen’.
Dalam satu video yang dimuat naik seorang wanita yang dipercayai founder kepada produk tersebut, dia mempromosikan sejenis minuman yang didakwa ‘drinkable sunblock’.
Something about “drinkable” sunscreen doesn’t sound like a kidney friendly thing. 🥸 pic.twitter.com/uw5MBeGcSY
— mieka (@m_iekks) July 30, 2022
Menurutnya, pengguna tidak perlu lagi memakai krim pelindung matahari jika menggunakan produk tersebut.
Rentetan itu, kewujudan produk berkenaan mencetuskan pelbagai respon daripada netizen di mana rata-ratanya mengkritik tentang produk ‘drinkable sunblock’ tersebut.
Malah, beberapa orang doktor juga dilihat turut memberi respon masing-masing tentang minuman itu menerusi TikTok.
Meskipun menerima kritikan hebat, wanita itu tetap cuba ‘mengajar’ netizen tentang kebaikan produk tersebut termasuklah dengan menunjukkan bahan-bahan yang digunakan.
Namun, dia diperli semula kerana dikatakan keliru dengan bahan antioksidan di mana ia lebih berfungsi sebagai ‘whitening product’ bukannya ‘sunblock’.
Wanita tersebut mendakwa kulitnya tidak ‘sunburn’ dan cerah seperti biasa selepas mengamalkan minuman tersebut. Tetapi kata netizen pula, ia bukan kerana produk terbabit berkesan sebagai ‘sunblock’ tetapi sebenarnya kulit wanita itu menjadi cerah disebabkan bahannya sama seperti ‘whitening product’.
Selain itu, ramai turut terkejut dengan kandungan gula di dalam produk minuman tersebut. Kata mereka, produk itu bukan hanya tidak akan lindungi kulit daripada sinaran UV tetapi juga akan merosakkan buah pinggang.