Dua Lipa Bakal Jadi Pelakon? Mula Tunjuk Minat, Sudah Mula Hafal Skrip – Manis Madu
Dua Lipa Bakal Jadi Pelakon

Dua Lipa Bakal Jadi Pelakon? Mula Tunjuk Minat, Sudah Mula Hafal Skrip

Penyanyi terkenal, Dua Lipa kini dikhabarkan menunjukkan minat untuk menceburkan diri dalam bidang lakonan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DUA LIPA (@dualipa)

Pendedahan itu dibuat menerusi satu temubual bersama The Los Angeles Times baru-baru ini.

 

Menurut penyanyi berusia 26 tahun itu, dia kini dalam proses menghafal skrip namun tidak mendedahkan dengan lebih lanjut berhubung perkara berkenaan.

 

Dalam Anugerah Grammy yang berlangsung Mac lalu, platun lagu Levitating ini berjaya memenangi trofi dalam kategori Vokal Album Pop Terbaik menerusi album Future Nostalgia.

 

Di Hollywood, menjadi kebiasaan jika penyanyi menunjukkan minat untuk bergelar pelakon antaranya Lady Gaga, Beyonce, Jennifer Lopez dan Mandy Moore.

Post a Comment