Dua Orang Rakyat Sabah Antara Pertama Terima Vaksin Covid-19? – Manis Madu
Dua Orang Rakyat Sabah Antara Pertama Terima Vaksin Covid-19

Dua Orang Rakyat Sabah Antara Pertama Terima Vaksin Covid-19?

United Kingdom adalah negara pertama yang meluluskan vaksin Pfizer yang telah dilancarkan 7 Disember lalu.

Dr-Zainab-and-her-husband-Dr-Burhanudin-768x576

Sumber Gambar: www.theborneopost.com

Sehubungan dengan itu, Dr Zainab Kassim dan Leorita Joseph Henry dikhabarkan mungkin merupakan individu terawal yang menerima vaksin tersebut di UK. Berita baiknya, mereka tidak menunjukkan sebarang reaksi negatif.

 

Dr Zainab merupakan seorang Pakar Neonatal yang telah bekerja di King’s College Hospital sejak tahun 2004. Beliau berasal dari Kampung Pimping Membakut, Sabah.

 

Wanita berusia 51 tahun yang kini merupakan Ketua Neonatal untuk Wad Postnatal dan Penjagaan Peralihan di hospital berkenaan berkata, sepanjang tempoh pandemik ini terdapat sejumlah besar bayi dibawah jagaannya dilahirkan oleh ibu yang positif Covid-19.

 

Dr Zainab berkata lagi, antara punca beliau tanpa ragu mengambil vaksin ini adalah kerana beliau dan suami yang bekerja sehari-hari berisiko tinggi membawa pulang virus ke rumah. Lebih merisaukan, ayah beliau yang berusia 75 tahun tinggal bersama mereka ketika wabak ini melanda dunia.

 

Dr Zainab akan mendapat dos kedua dalam 21 hari.

Leo-768x1024

Sumber Gambar: www.theborneopost.com

Sementara itu Leorita Joseph Henry yang merupakan Pustakawan Klinikal di King’s College Hospital juga menerima dos pertamanya pada hari Khamis, 10 Disember sekitar jam 1.30 tengah hari.

 

Beliau yang berasal dari Kepayan, anak kedua daripada lima beradik ini telah tinggal di England selama 28 tahun yang lalu.

 

Sebagai Pustakawan Sokongan Klinikal yang bekerja di hospital, Leo mengatakan bahawa telah menjadi tanggungjawabnya untuk memberikan maklumat yang disokong oleh bukti dan fakta kepada semua kakitangan di King’s dan juga kepada orang ramai.

 

“Maklumat yang salah mengenai Covid-19 dan vaksin boleh membahayakan orang,” katanya.

 

“Mudah-mudahan, dengan mendapat vaksin saya akan bersama rakan-rakan sekerja saya tanpa perlu bimbang tentang penularan virus atau menyebarkannya kepada orang lain. Mengambil vaksin bukan hanya untuk melindungi diri sendiri tetapi dapat melindungi keluarga, rakan dan rakan sekerja.”

 

Pada 24 November, kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan telah menandatangani perjanjian pembelian awal dengan syarikat farmasi Pfizer untuk mendapatkan 12.8 juta dos vaksin Covid-19 untuk memenuhi keperluan imunisasi 20% atau 6.4 juta rakyat Malaysia.

 

Kerajaan Malaysia mempunyai rancangan untuk meningkatkan pembelian vaksin Covid-19 untuk menampung keperluan imunisasi sekitar 60-70 peratus rakyat Malaysia berbanding 30 peratus pada masa ini.

 

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan pembekal juga telah diminta untuk mempercepat penghantaran vaksin, yang dijadualkan tiba pada bulan Mac tahun depan.

Post a Comment