Dua Wanita Ditikam Kerana Berketurunan Asia! – Manis Madu
Dua Wanita Ditikam Kerana Berketurunan Asia!

Dua Wanita Ditikam Kerana Berketurunan Asia!

Seorang lelaki yang disyaki menikam dua wanita berketurunan Asia-Amerika di kawasan Mid-Market, ditahan polis petang Selasa lalu.

 

Polis mengesahkan, lelaki San Francisco berusia 54 tahun ditahan beberapa jam selepas kejadian.

 

South China Morning Post melaporkan, pasukan polis tiba di 4th Street dan Stockton Street kira-kira 5 petang dan menemui wanita yang cedera dalam serangan itu.

 

Pihak berkuasa mengesahkan, wanita berusia 65 dan 85 tahun itu dihantar ke hospital dan keadaan terkini mereka masih tidak diketahui.

 

Menurut seorang saksi, lelaki itu memegang pisau sambil berjalan di Market Street ketika menghampiri perhentian bas sebelum menikam wanita berkenaan dan melarikan diri dari tempat kejadian.

 

Kebelakangan ini, orang Asia-Amerika menjadi sasaran beberapa serangan provokasi di Bay Area, San Francisco dan beberapa bandar besar di Amerika Syarikat.

 

Pendakwa mengemukakan pertuduhan menyerang dan membenci jenayah terhadap seorang lelaki yang didakwa melakukan serangan minggu lalu.

Post a Comment