Duit Hanya Sementara Di Dunia, Rider Foodpanda Tinggal Kerja Sementara Waktu Selamatkan Anjing Yang Hampir Mati – Manis Madu
Rider Foodpanda Tinggal Kerja Sementara Waktu Selamatkan Anjing

Duit Hanya Sementara Di Dunia, Rider Foodpanda Tinggal Kerja Sementara Waktu Selamatkan Anjing Yang Hampir Mati

Tak sangka di Malaysia masih ada mereka yang sanggup meninggalkan sementara tugasan demi menghulurkan bantuan.

 

Bukan manusia yang Madu maksudkan. Tetapi seekor anjing yang telah dilanggar lari oleh sebuah kenderaan.

 

Rider Foodpanda Noel Chern telah membuat perkongsian berkenaan kemalangan tersebut di akaun Facebook miliknya.

Rider Foodpanda Selamatkan Anjing Yang Hampir Mati_01

Sumber Gambar: noel.chen Facebook

Kejadian tersebut berlaku pada 20 Julai jam 5 petang di USJ 12, Subang Jaya.

 

Apa yang lebih membuatkan Madu rasa agak kecewa apabila kenderaan yang melanggar haiwan tersebut tidak berhenti malahan terus beredar begitu sahaja.

Noel berhenti untuk melihat keadaan anjing tersebut yang mana juga mendapat perhatian rider-rider lain yang turut sama berhenti bagi menghulurkan bantuan.

 

Menurut Noel dalam laporan SAYS, rider Foodpanda akan dibayar mengikut sistem yang memberikan ganjaran tambahan kepada rider dengan penilaian prestasi tinggi.

 

Arun, seorang rider Foodpanda yang turut bersama Noel ketika kejadian berlaku berkata kepada Noel, “Money is temporary in this life. I will stay with you”.

Sumber Gambar: noel.chen Facebook

Ramai yang mungkin menyangka anjing tersebut akan maut selepas kemalangan, namun setelah dirawat oleh tuannya hampir seminggu, anjing tersebut pulih dengan baik.

Sumber Gambar: noel.chen Facebook

Dalam satu perkongsian di Facebook milik Noel Chern, dia memberi amaran keras kepada pemandu di luar sana untuk lebih berhati-hati dan melihat sekeliling ketika memandu.

Dalam kita sibuk mencari rezeki dan wang, masih ada mereka yang sanggup lupakan kerja mereka seketika untuk membantu rakan-rakan mereka yang lain.

Post a Comment