Dulu Suram, Kini Ceria! Kampung Sungai Bidor Jadi Tarikan Selepas Dicat Warna Pelangi – Manis Madu
Dulu Suram, Kini Ceria! Kampung Sungai Bidor Jadi Tarikan Selepas Dicat Warna Pelangi

Dulu Suram, Kini Ceria! Kampung Sungai Bidor Jadi Tarikan Selepas Dicat Warna Pelangi

Kampung Sungai Budor yang satu ketika dulu suram dengan deretan rumah usang, kini berubah menjadi ceria selepas dicat dengan warna pelangi sehingga menjadi lokasi tumpuan pelancong.

 

Memetik laporan Utusan Malaysia, kampung terletak di tebing Sungai Kelantan itu meriah dengan kehadiran pengunjung, terutama pada waktu petang untuk bersiar-siar bersama keluarga masing-masing.

Penghulu Mukim Penambang, Zaharuddin Zakaria berkata, projek Rumah Pelangi itu dijayakan Pertubuhan Prihatin Wanita Kelantan bersama Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2018.

 

Kata beliau, ia adalah inisiatif pihak terbabit untuk mentransformasi Kampung Sungai Budor yang sebelum ini kurang mendapat perhatian menjadi salah satu lokasi tarikan pelancong baharu di Kelantan.

 

“Pada 2018, hanya enam rumah dicat dengan warna-warna pelangi dan langkah itu berjaya membuatkan kampung ini lebih dikenali sehingga mewujudkan peluang perniagaan kepada penduduk.

 

“Sehubungan itu, lebih banyak rumah dicat dengan warna sama sekali gus berjaya mengubah Kampung Sungai Budor menjadi sebuah kampung pelangi,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

 

Dalam pada itu, Zaharuddin berkata, berdasarkan bancian terkini, sebanyak 153 buah rumah penduduk di situ belum dicat dengan warna pelangi dan dilakukan secara berperingkat.

 

“Sebelum dicat, mana-mana rumah penduduk yang mengalami kerosakan dibaik pulih terlebih dahulu oleh petugas MPKB-BRI. Selepas itu barulah kerja-kerja mengecat dilakukan,” katanya.

Post a Comment