Ejen Ali Musim Ketiga Berjaya Pikat Disney+ Hotstar Asia Pasifik – Manis Madu
Ejen Ali Musim Ketiga Berjaya Pikat Disney+ Hotstar Asia Pasifik

Ejen Ali Musim Ketiga Berjaya Pikat Disney+ Hotstar Asia Pasifik

Demi menampilkan program terbaik buat penonton setia, platform penstriman popular memperkenalkan lebih 20 judul kandungan Asia Pasifik (APAC) termasuk 18 kandungan Originals.

 

The Walt Disney Company menerusi Disney+ dan Disney+ Hotstar bekerjasama bersama pencipta kandungan terbaik dan terbaharu tempatan di rantau ini dalam projek APAC untuk memperoleh kandungan yang menarik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ejen Ali Official (@ejen_ali)

Projek APAC terbaharu bakal menampilkan penerbitan asli oleh pencipta-pencipta kandungan terhebat dan lakonan bintang popular merangkumi drama, komedi, fantasi, cinta, fiksyen, ilmiah, jenayah, seram, dokumentari, anime mahupun rancangan aneka ragam dari Malaysia, Jepun, Korea Selatan, Indonesia, China dan Australia.

 

Difahamkan, program baharu kandungan APAC dapat ditonton di platform penstriman Disney+ Hotstar bermula pada tahun hadapan.

 

Dalam pada itu pengguna di Malaysia boleh menantikan rangkaian luas kandungan APAC di Disney+ Hotstar pada tahun depan termasuklah siri animasi popular Ejen Ali musim ketiga.

Siri terbaharu Ejen Ali musim ketiga dihasilkan bersama oleh Primeworks Studios, Wau Animation dan Disney+ Hotstar.

 

Menariknya, watak-watak siri berkenaan akan mengembara ke bandar futuristik Cyberaya dengan ejen rahsia dan melakukan misi yang mustahil.

 

Selain itu, terdapat juga drama thriller aksi, Moving merupakan karya dari Korea Selatan yang diadaptasi daripada kartun web (webtoon) Kang Full.

 

Snowdrop pula merupakan siri melodrama romantik yang dibintangi pelakon Korea terkenal, Jung Hae-in dan Jisoo dari kumpulan Blackpink.

 

Diilhamkan oleh penerbit drama Sky Castle, Snowdrop merupakan antara drama paling dinanti-nantikan tahun ini sementara, Grid adalah siri baharu bergenre misteri oleh penulis prolifik yang memenangi banyak anugerah, Lee Su-yeon.

 

Eksklusif menerusi Disney+ Hotstar dan di pawagam, BLACKPINK: The Movie merupakan sebuah dokumentari tentang kumpulan K-pop yang popular bagi meraikan ulang tahun kelima mereka.

 

Antara judul lain yang ditayangkan secara eksklusif di platform Disney+ Hotstar adalah Rookies, Tokyo MER terbitan Mobile Emergency Room), Lack Rock Shooter Dawn Fall, Summer Time Rendering, Yojohan Time Machine Blues, Sasah Sinyal (Bad Signal) dan Small & Mighty.

 

Tidak terhad di situ, Disney turut menampilkan, drama Delicacies Destiny yang merupakan sebuah karya klasik China bertemakan makanan ilham daripada penerbit veteran, Yu Zheng susulan kejayaan drama Story of YanXi Palace dan Shipwreck Hunters sebuah dokumentari dari Australia.

Post a Comment