Elak Bosan Tonton KDrama Cliché, 5 Pilihan Lain Daripada Lain! – Manis Madu
Elak Bosan Tonton KDrama Cliché, 5 Pilihan Lain Daripada Lain

Elak Bosan Tonton KDrama Cliché, 5 Pilihan Lain Daripada Lain!

Fenomena drama Korea yang kian mendapat tempat di hati kebanyakan penonton Malaysia semakin bertambah selepas siri Squid Game ditayangkan baru-baru ini. 

 

Kekuatan drama Korea bukan sahaja dinilai daripada barisan pelakon yang membintangi drama tersebut tetapi pelbagai aspek lain seperti kelainan jalan cerita, plot yang disusun kemas, pace cerita yang boleh buatkan kita ketagih untuk menontonnya dan banyak lagi!

 

Jika Maduners mencari lebih banyak drama Korea untuk ditonton, ini antara cadangan Anis!

1. Flower of Evil

Jika Maduners meminati genre crime thriller, drama ini mungkin dapat menepati citarasa korang! 

 

Drama ini mengisahkan tentang kehidupan Baek Hee Sung (Lee Joon-gi) yang digambarkan sebagai seorang suami dan ayah yang budiman, tukang besi berjaya dan memiliki keperibadian yang sangat baik. 

 

Boleh dikatakan lelaki yang sempurna lah! Isterinya, Detektif Cha Ji-won (Moon Chae-won) sangat sayang dan hidup bahagia dengan suaminya.

 

Namun, disebalik kesempurnaan itu ternyata Hee Sung mempunyai rahsia besar yang sedaya upaya disembunyikan. Drama ini memang menarik buat penggemar genre crime thriller. Berdebar-debar tengok cerita ini!

2. Live

Drama ini menceritakan tentang realiti tugas seorang polis di Korea. Meskipun permulaan drama ini agak perlahan dan membosankan tetapi dari satu episod ke episod seterusnya makin menarik dan ‘ketagih’ nak tonton! Kes-kes jenayah yang perlu diselesaikan buat korang tak senang duduk.

 

Mula ditayangkan pada tahun 2018, drama ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Jung Yu-mi, Lee Kwang-soo, Bae Sung-woo, Bae Jong-ok dan ramai lagi. 

 

Menariknya drama ini, selain dapat tahu serba sedikit realiti dunia polis di Korea, lakonan mantap barisan pelakon drama ini membuatkan Maduners tak rasa seperti tengok drama. Macam real semua situasi yang berlaku!

3. Mr Queen

Kalau Maduners meminati genre historical, fantasy, romantic comedy, drama ini untuk korang! Mr Queen merupakan antara drama yang mencetuskan fenomena tersendiri dan trending hampir setiap episod di laman Twitter.

 

Drama ini mengisahkan tentang seorang chef bernama Jang Bong-hwan (Choi Jin-hyuk) yang berada di zaman moden, bertukar badan dengan Queen Cheorin (Shin Hye-sun) di zaman purba kerana satu insiden. Di zaman itu, dia berkahwin dengan King Cheoljong (Kim Jung-hyun) dan berlaku pelbagai babak menarik sepanjang drama ini.

 

Confirm tak kering gusi tengok drama ini!

4. Strong Woman Do Bong Soon

Drama ini mengangkat genre rom-com, fantasy dan psychopath dalam satu masa. Di awal drama ini, Maduners akan enjoy dengan babak-babak lucu dimainkan barisan pelakon tetapi tanpa disangka-sangka, di pertengahan drama ini genre nya mula berubah ke arah psychopath!

 

Seperti yang ditunjukkan oleh tajuknya, Do Bong-soon (Park Bo-young) merupakan seorang wanita yang dilahirkan dalam keluarga yang memiliki kekuatan luar biasa (superpower).

 

Bong-soon mempunyai impian untuk bekerja di industri permainan video, maka ketika dia diambil bekerja sebagai pengawal peribadi Ahn Min-hyuk (Park Hyung-sik), ketua eksekutif syarikat permainan Ainsoft, dia melihat peluang yang baik untuk merealisasikan impiannya selama ini. 

 

Sementara itu, rakan baik Bong-soon, pegawai polis In Gook-du (Ji-soo), sedang berusaha menyelesaikan kes penculikan bersiri di kejiranan mereka dan Bong-soon bertekad untuk menggunakan kekuatannya untuk membantu menangkap penjenayah tersebut.

5. Sweet Home

KDrama yang mendapat tempat dalam carta US Netflix Top 10 berdasarkan siri webtoon yang ditetapkan berada dalam dunia apocalyptic yang cuba bertahan dari serangan raksasa.

 

Drama ini disarankan untuk korang yang minat tonton drama seram, jika tidak drama ini bukan untuk korang. Banyak babak jump scare dan babak berdarah dalam drama ini.

 

Sebenarnya, 5 buah cadangan drama ini sangat sedikit jika nak dibandingkan dengan ratusan KDrama lain yang lebih menarik. Maduners jangan marah kalau drama kegemaran korang tidak tersenarai!

Post a Comment