Elak Letak Car Seat Anak Di Bahagian Depan, Kejadian Ngeri Boleh Berlaku! – Manis Madu
Elak Letak Car Seat Anak Di Bahagian Depan, Kejadian Ngeri Boleh Berlaku!

Elak Letak Car Seat Anak Di Bahagian Depan, Kejadian Ngeri Boleh Berlaku!

Penggunaan car seat merupakan satu kewajipan buat ibu bapa yang mempunyai anak kecil. Namun, cara pemasangan car seat itu juga perlulah tepat supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

 

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook, seorang wanita mendedahkan bahawa suaminya berdepan kejadian ngeri melibatkan seorang bayi yang mengalami kecederaan tempurung kepala.

Airbag pada kereta yang meletup dan kedudukan car seat yang diletakkan di bahagian tempat duduk hadapan kereta dikatakan sebagai punca tragedi itu berlaku.

 

“Pakar tengah monitor sebab ada pendarahan dalam otak baby. Please guys, jangan letak car seat dekat depan,” tulisnya.

 

Susulan itu, sebuah akaun di Twitter turut berkongsi tentang perkara itu diikuti beberapa penerangan ringkas tentang bahayanya meletak car seat di tempat duduk hadapan.

Dalam ciapan yang sama, turut dimuat naik satu video simulasi airbag yang meletup dengan kuat dan terkena pada car seat yang ada pada tempat duduk hadapan.

 

Bayangkan kalau perkara itu berlaku pada bayi kita, ngerinya!

 

Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet meluahkan rasa simpati terhadap perkara yang berlaku pada bayi tersebut dan tidak kurang juga yang mengingatkan agar ibu bapa tidak mengendahkan arahan untuk tidak meletakkan car seat di tempat duduk hadapan.

 

Selain itu, ibu bapa juga dinasihatkan untuk lebih alert tentang keselamatan anak-anak.

 

“Dulu masa kerja kedai baby, parents always pelik “ouh tak boleh letak depan car seat ni” Ya, it’s a big NO! I think kereta zaman sekarang semua dah letak warning tu siap-siap! Please parents, do research okay,” @azzuwinsyafiea1

Post a Comment