Elak Membazir Di Bulan Puasa Cuba Ikut Tips Ini! – Manis Madu
Elak Membazir Di Bulan Puasa Cuba Ikut Tips Ini!

Elak Membazir Di Bulan Puasa Cuba Ikut Tips Ini!

Bulan puasa memang kadang-kadang nafsu makan melampau-lampau, tengok itu tengok ini semua nak beli.

 

Jadi, hari ini Miera nak kongsikan sikit tips kepada Maduners dan korang boleh ikut untuk elak dari membazir semasa di bulan puasa.

#1 Senaraikan Menu

Senaraikan-Menu

Untuk mengelakkan Maduners membeli makanan atau benda yang tidak perlu, Miera nak nasihatkkan dekat Maduners di luar sana supaya senaraikan menu apa yang nak dimakan terlebih dahulu.

 

Kenapa penting untuk Maduners senaraikan menu apa yang nak dibeli sebab, sekurang-kurangnya Maduners boleh berfikir panjang dan buat keputusan yang tepat.

 

Jenis yang pergi tak tahu nak beli apa yang akan selalu beli banyak. Maklumlah nafsu orang berpuasa ini lain macam sikit, bila dah beli bukannya makan semua pun!

#2 Hadkan Jumlah Wang Jika Membeli

Hadkan-Jumlah-Wang-Jika-Membeli

Ini pun merupakan salah satu tips mudah untuk elak dari membazir. Maduners boleh letak jumlah yang sederhana sahaja untuk dibelanjakan di kedai makan atau bazar Ramadan.

 

RM50 untuk seorang individu sudah memadai.

#3 Berbuka Di Masjid

Berbuka Di Masjid

Seperti yang kita semua tahu, masjid-masjid sekarang memang ada menyediakan makanan untuk berbuka puasa. Jadi Maduners boleh saja ambil peluang yang ada untuk berbuka sekali di masjid.

 

Mungkin pada musim pandemic ini elak perkara ini, tapi di masjid ada beri sedekah makanan, jadi boleh ambil makanan untuk berbuka, dah jimat! Dekat situ Maduners dah boleh potong perbelanjaan untuk duit makan.

#4 Bertukar-tukar Jenis Makanan Dengan Jiran

Bertukar-tukar Jenis Makanan Dengan Jiran

Tips ini bagus kala Maduners memang rapat dengan jiran sebelah rumah, bila berkongsi dan bertukar jenis makanan yang dimasak dengan jiran rumah sebelah, maka lebih pelbagai menu makanan yang Maduners boleh berbuka. Jimat dari beli juadah di bazar Ramadan.

 

Tips-tips yang Miera share ini bukan sahaja boleh digunakan bulan puasa saja, hari-hari lain pun Maduners boleh amalkan tips ini. Selamat berpuasa semua!

Post a Comment