Elak Nenek Sedih, Wanita Sorok Kematian Ibunya Selama 13 Tahun! – Manis Madu
Elak Nenek Sedih, Wanita Sorok Kematian Ibunya Selama 13 Tahun

Elak Nenek Sedih, Wanita Sorok Kematian Ibunya Selama 13 Tahun!

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati dan begitulah lumrah kehidupan setiap manusia di muka bumi ini. Kehilangan orang yang disayangi merupakan suatu perkara yang sukar untuk kita hadapi.

 

Ekoran itu, disebabkan  ingin menjaga hati neneknya, seorang wanita di China sanggup menipu tentang kematian ibunya selama 13 tahun.

 

Menurut laporan Oddity Central, Cheng Jing, 46 tahun yang merupakan cucu kepada seorang warga emas itu telah mengambil keputusan untuk menipu neneknya selama lebih satu dekad kerana bimbang warga emas itu sedih dengan kematian ibunya.

 

Ibu Jing, Cheng Congrong dikatakan meninggal dunia pada tahun 2003 dan menganggap peristiwa tersebut akan memberi kesan yang mendalam kepada ibunya memandangkan Congrong adalah satu-satunya anak yang dimiliki. 

 

Congrong amat rapat dengan ibunya dan mereka sering berhubung antara satu sama lain meskipun dia disahkan menghidap barah paru-paru pada tahun 2003.

 

Dia juga telah merakam puluhan pesanan suara dan meminta anaknya iaitu Jing untuk  memainkan rakaman itu kepada nenek mereka supaya neneknya tidak berasa bimbang.

 

Kerana menghormati permintaan akhir ibunya, Jing akan memainkan rakaman yang dibuat untuk neneknya jika dia perlu berbuat demikian.

 

Antara pesanan yang dirakam Congrong sebelum dia meninggal dunia adalah dia mengingatkan ibunya untuk makan ubat setiap hari dan bangun perlahan-lahan dari tempat tidur. 

 

Cheng Jing bagaimanapun tahu usaha itu tidak akan bertahan lama dan bimbang neneknya akan sedar tentang pesananan yang dirakam itu.

 

Jadi dia mengambil keputusan untuk melatih seseorang yang mempunyai suara mirip ibunya untuk berbual menerusi telefon bersama neneknya.

 

Wanita itu memberi alasan tidak dapat mengunjungi ibunya kerana terlalu sibuk menjaga cucu. 

 

Perkara itu berlanjutan selama 13 tahun sehingga si nenek meninggal dunia beberapa bulan selepas menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-100 tanpa dia mengetahui perkara sebenar.

 

Sumber Gambar: Oddity Central

Post a Comment