Empat Pemenang Bertuah “One Million Dream” Bawa Pulang Kereta Honda! – Manis Madu
Empat Pemenang Bertuah “One Million Dream” Bawa Pulang Kereta Honda

Empat Pemenang Bertuah “One Million Dream” Bawa Pulang Kereta Honda!

Pada 12 April 2021 Syarikat Honda telah mengumumkan tiga pemenang bertuah yang akan membawa pulang Honda All-New City, HR-V dan Honda BR-V.

 

Sempena program “1 Million Dreams Campaign” yang baru-baru ini dianjurkan oleh syarikat Honda, satu majlis penyampaian hadiah bersama Cuckoo, Shopee dan Watsons telah diadakan di Kuala Lumpur.

 

Dalam majlis penyampaian hadiah tersebut, seramai tiga orang pemenang yang dipilih oleh Watsons, Cuckoo dan Shopee untuk membawa pulang sebuah kereta berjenama Honda.

Pic 01

Bagi pemenang pertama yang membawa pulang kereta berjenama Honda All-New City dimenangi oleh rakan kongsi dari Cuckoo iaitu Cik Megawati binti Affendi.

 

Pemenang kedua pula dimenangi oleh Encik Muhammed Faisal Adnan yang dipilih oleh Shopee yang membawa pulang Honda HR-V dan yang terakhir adalah pemenang yang dipilih Watsons iaitu Encik Mohd Aisamuddin Bin Mohd Azilah yang berjaya membawa pulang sebuah Honda BR-V.

Pic 02

Syarikat Honda dan tiga rakan kongsinya juga membuat kejutan dengan memberi penghargaan kepada pelanggan bertuah yang ke satu juta dimenangi oleh Encik Ahmad Sirwan Bin Tuselim.

 

Hadiah yang diberikan bernilai lebih dari RM 8,000 itu adalah sebagai penghargaan untuk pemilik Honda yang ke-satu juta.

Post a Comment