Episod Pertama Dah Letopz! Minggu Ini Saksikan Duet Ezad Lazim & Aina Abdul Di Suria Duo X – Manis Madu

Episod Pertama Dah Letopz! Minggu Ini Saksikan Duet Ezad Lazim & Aina Abdul Di Suria Duo X

Amacam persembahan Siti Sarah dan Syamel pada minggu pertama Suria Duo X? Giler gempak, kannnn?

 

Meremang bulu roma Madu apabila menyaksikan kehebatan Siti Sarah menyanyikan lagu popular Syamel iaitu Hidup Dalam Mati. Walaupun Siti Sarah dikatakan agak nervous untuk menyanyikan lagu daripada penyanyi lelaki, persembahan beliau tetap the best!

 

Tidak kurang juga dengan  Syamel yang membawa lagu Semakin, oleh Siti Sarah. Madu rasa persembahan Syamel memang mantap, tapi beliau tetap humble.

 

Nyanyi sorang pun dah tip-top, apatah lagi semasa mereka menyanyi duet lagu Romancinta. Madu jatuh cinta! Githewww!

 

Maduners rasa, Madu boleh ker jadi penyanyi berbakat macam mereka? Mimpi sahajalah! Sekarang ini, Madu tak sabar nak saksikan episod kedua Suria Duo X, persembahan Aina Abdul dan Ezad Lazim pula!

CONTEST-INSIDE-PAGE_1600X400-SURIA-DUO-X-768

Calling all Youtubers, Tiktokers, penyanyi dalam shower dan semua yang berkaitanlah! Madu ada pengumuman penting untuk korang!

 

Madu tahu mesti ramai yang minat karok, betul tak? Kepada yang teringin nak duet dengan penyanyi-penyanyi Malaysia yang ikonik semasa persembahan finale Suria Duo X pada 9 Oktober 2020, sekali gus membawa pulang sebahagian daripada wang tunai RM10,000, inilah peluang anda untuk menjadi superstar!

 

Haa, kepada Maduners yang berminat untuk sertai peraduan ini, bolehlah ikuti langkah-langkah mudah ini!

Langkah Pertama – Saksikan persembahan Suria Duo X di Facebook Suria FM & YouTube Suria TV.

 

Langkah Kedua‘Cover’ dan rakam salah satu lagu Suria Duo X yang tersenarai di www.suria.my .

 

Langkah KetigaMuat naik video yang telah dirakam di akaun Instagram anda berserta hashtag #suriamalaysia , #SuriaDuoX , *#namakumpulanpilihan dan tag @suriamalaysia di ruangan caption.

 

*Nama kumpulan pilihan akan dipaparkan ketika persembahan mingguan.

 

Senang jer kan? Jangan lepaskan peluang untuk serlahkan bakat korang kepada rakyat Malaysia! Bak kata Rihanna, “shine bright like a diamond” guyssss. Tipulah kalau tak nak menang sebahagian daripada wang tunai RM10,000 juga. Lumayan terokkssss!

 

Untuk maklumat lanjut, Maduners boleh klik di SINI (https://www.suria.my/suriaduox/) atau pun follow IG @suriamalaysia.

Kalau dah terlebih excited nak join pertandingan ini, jangan pula ketinggalan untuk menyaksikan persembahan episod kedua Suria Duo X, minggu ini pada 18 September 2020, jam 9.00 malam secara langsung di Facebook Suria FM dan YouTube Suria TV.

 

Ezad Lazim dan Aina Abdul sedang menantikan sokongan Maduners!

Post a Comment