Faye Kusairi Kembali Sihat Selepas 4 Minggu Menghidap Bell Palsy, Ini Penjelasannya!
Faye Kusairi Kembali Sihat Selepas 4 Minggu Menghidap Bell Palsy

Faye Kusairi Kembali Sihat Selepas 4 Minggu Menghidap Bell Palsy, Ini Penjelasannya!

Berita gembira buat media tanah air apabila Faye Kusairi berkongsi kisahnya yang telah pulih sepenuhnya daripada masalah Bell Palsy setelah menderita penyakit itu selama tempoh 4 minggu.

Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 34, menjelaskan dirinya hanya membuat urutan pada wajah dan mengambil ubatan yang disarankan doktor.

 

“Alhamdulillah setelah empat minggu menderita akibat Bell Palsy, saya kini sudah sihat sepenuhnya.

 

“Apa yang saya praktikkan adalah ubat dan vitaman B12, fisio serta rawatan totok wajah secara konsisten.

 

“Saya tak pergi buat akupuntur dan saya tak makan atau ambil atau pakai benda selain apa yg disarankan doktor,” kongsinya di Instagram.

Untuk pengetahuan Maduners, pada awalnya Faye yang ketika itu sarat hamil anak keduanya, Asha Azmi, sedang menggosok gigi dan tiba tiba mengalami kekejangan pada otot muka sebelah kanan sebelum disahkan menghidap Bell Palsy baru-baru ini.

 

Bell Palsy adalah penyakit yang membabitkan kerosakan pada satu saraf muka iaitu ‘facial nerve’. Kejadian ini berlaku apabila otot yang mengawal expression wajah tidak berfungsi dengan normal akibat kecederaan atau gangguan sarat pada muka.

Madu ucapkan tahniah kepada Faye! Selamat menjalani kehidupan normal as usual!

Sumber: Sinarplus

Post a Comment