Fesyen Oscar 2021 Yang Pasti Buat Anda Terpegun! – Manis Madu
Oscar 2021

Fesyen Oscar 2021 Yang Pasti Buat Anda Terpegun!

Menariknya Oscar ini, bukan saja filem mana yang akan menang ditunggu-tunggu malahan juga fesyen-fesyen artis terkenal yang hadir pada majlis tersebut juga pasti menjadi antara yang disebut ramai.

 

Jadi untuk itu, hari ini Fazlan nak senaraikan TOP 4 fesyen Oscar 2021 yang menarik untuk dibincangkan.

#4 Amanda Seyfried

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Amanda Seyfried💛 (@mingey)

Mengenakan pakaian mewah dari Giorgio Armani Privé, Seyfried hadir dengan cukup elegan dengan mengenakan gaya rambut sanggul rendah dan juga beach wave yang pastinya menampakkan pemakainya lebih sophisticated.

 

Gaun berwarna merah yang sarat dengan tulle di bahagian bawah itu digayakan oleh Seyfried dengan ringkas tanpa dipadankan dengan aksesori yang sarat.

 

Pada malam tersebut, Seyfried dicalonkan untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik sebaris dengan calon hebat lain seperti Olivia Colman.

#3 H.E.R

 

View this post on Instagram

 

A post shared by H.E.R. (@hermusicofficial)

Pakaian yang digayakan oleh H.E.R merupakan satu tribute yang dibuat khas buat penyanyi lagenda idolanya iaitu Prince.

 

Baju rekaan Peter Dundas itu direka khas dengan warna biru kobalt dan juga mempunyai reka bentuk seolah-olah jubah yang mempunyai penutup kepala.

 

Menurut jurucakap jenama itu,

 

“kami mahu baju itu terasa seperti baju armor. Kata-kata mempunyai kekuatan yang hebat dan mustahil untuk tidak merasa tersentuh oleh kekuatan dan keadilan mesej tersebut”

 

Tetap dengan identitinya yang tersendiri, H.E.R memadankan pakaian tersebut dengan cermin mata bulat yang besar dan juga tumit tinggi dari Chopard.

#2 Halle Berry

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Halle Berry (@halleberry)

Siapa yang tidak mengenali Halle Berry yang popular dengan wataknya Storm menerusi filem X-Men.

 

Pada Oscar kali ini, Berry mengenakan busana rekaan khas dari Dolce & Gabbana berwarna ungu lembut yang sangat menawan.

 

Tampil juga dengan potongan rambut baru iaitu gaya potongan Bob, ramai yang memuji pakaian dan gaya Halle Berry pada malam itu.

 

Dengan potongan leher berbentuk hati dan juga hem yang mengalir bak air mengalir, tidak dinafikan lagi Berry merupakan antara selebriti yang berjaya memukau hadirin pada malam itu.

#1 Margot Robbie

 

View this post on Instagram

 

A post shared by CHANEL (@chanelofficial)

Margot Robbie yang menjadi antara selebriti yang setiap tahun menghiasi karpet merah Oscar dengan busana yang menawan kali ini tampil sekali lagi dengan busana indah dari koleksi Chanel Haute Couture and Chanel Fine Jewelry.

 

Hadir di karpet merah Oscar malam itu dengan wajah yang berani, pelakon ‘Suicide Squad’ dan duta Chanel berkenaan memperagakan koleksi Chanel’s fall ’19 dengan gaun tali halus ala tahun 2000-an.

 

Busana tersebut menampilkan cetakan bunga logam dengan garis leher yang diilhamkan dari bustier yang pastinya menyerlahkan bentuk badan pelakon yang memegang watak Harley Quinn tersebut.

 

Dipilih sebagai Top 1 pada kali ini kerana pembawakannya yang ringkas namun masih mampu membuat sesiapa yang melihat terpaku dengan kejelitaannya.

Post a Comment