Filem Animasi, Legend of The Ancient Borneo Martabatkan Bahasa Kadazan – Manis Madu
Filem Animasi, Legend of The Ancient Borneo Martabatkan Bahasa Kadazan

Filem Animasi, Legend of The Ancient Borneo Martabatkan Bahasa Kadazan

Maduners kini boleh tonton filem animasi pendek yang menggunakan Bahasa Kadazan iaitu Legend of The Ancient Borneo di Youtube.

 

Ada tak dekat sini Maduners yang boleh bertutur Bahasa Kadazan? Kalau nak tahu bahasa Kadazan ialah bahasa yang dituturkan oleh suku kaum Kadazan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by アンナ💫 (@sakurannaa) on

Madu bangga dengan Geoffrey Sinn sebagai penerbit dan juga kru penerbitannya yang mengambil langkah untuk memartabatkan bahasa Kadazan dalam filem animasi pendek, Legend of The Ancient Borneo.

Geoffrey Sinn

Sumber Gambar: all41productions.com

Legend of Ancient Borneo 01

Iyalah, mereka yang menonton filem animasi pendek ini mesti secara tak langsung akan mendengar bahasa Kazadan yang dituturkan oleh watak dalam filem ini yang mana juga memperkenalkan budaya masyarakat Sabah.

 

Filem ini telah berjaya meraih sebanyak 28,900 tontonan sejak filem ini dimuat naik di laman Facebook pada 18 Mei 2020 yang lalu.

Kalau Maduners nak tahu, filem yang awesome ini diterbitkan oleh All-For-One Productions, yang kebanyakan terdiri daripada pakar animasi tempatan.

 

Penghasilan filem animasi pendek ini berdasarkan komik fantasi oleh Aks Kwan dan Robertson Sondoh Jr. Boni Mosios serta berdurasi lebih kurang lapan minit.

 

Menurut Geoffrey Sinn, penghasilan filem pendek ini menggunakan hampir sepenuhnya bakat tempatan Sabah kerana Geofrrey mahu memberikan peluang kepada anak-anak tempatan yang berbakat untuk menyerlahkan bakat mereka yang sebelum ini tak dapat ditonjolkan.

Legend of Ancient Borneo 02

Biar Madu terangkan sikit, secara mudahnya filem animasi Legend of The Ancient Borneo berlatarbelakangkan sebuah kampung di Borneo purba dan mengisahkan empat wira yang memburu sekumpulan haiwan reptilia buas yang merosakkan kampung mereka dan mencuri tengkorak naga suci milik kampung itu.

 

Lepastu apa jadi? Ahhh, kalau nak tahu kisah filem ini dengan lebih baik, Maduners kenalah tonton dan sokong filem animasi ini.

Legend of Ancient Borneo 03

Madu tak bohong, filem animasi ini memang terbaik kerana file mini merupakan salah satu pemenang Digital Content Creators Challenge (DC3) pada 2018.

 

Pertandingan ini dahulunya dikenali sebagai Intellectual Property Creators’ Challenge (IPCC) yang dianjurkan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia.

 

Maduners yang belum tonton filem ini biar Madu mudahkan kerja korang dengan kongsi pautan filem animasi pendek ini, tinggal klik jer untuk tonton!

Post a Comment