Gabungkan Elemen Silat Dan Hip-Hop, Zeppo Youngsterz Rangkul Tempat Ketiga Di Super24SG! – Manis Madu
Gabungkan Elemen Silat Dan Hip-Hop, Zeppo Youngsterz Rangkul Tempat Ketiga Di Super24SG!

Gabungkan Elemen Silat Dan Hip-Hop, Zeppo Youngsterz Rangkul Tempat Ketiga Di Super24SG!

Seni tarian merupakan satu bentuk persembahan melalui pergerakan tubuh badan secara berirama yang dilakukan di tempat dan waktu tertentu untuk tujuan tertentu. Sesuatu persembahan tarian itu pula diperkukuhkan lagi penyampaiannya dengan iringan bunyi-bunyian atau muzik.

 

Seni tarian di Malaysia dipengaruhi dengan perkembangan semasa dunia seperti ballet, moden kontemporari, jazz, latin dan banyak lagi! Sejak kebelakangan ini, jenis tarian ‘street dance’ juga semakin mendapat tempat di mata dunia dengan menampilkan corak tarian moden yang bersesuaian dengan arus perdana.

 

Baru-baru ini, kumpulan tarian street dance, Zeppo Youngsterz dari Malaysia berjaya merangkul tempat ketiga dalam pertandingan tarian Super24SG yang diadakan di Singapura anjuran Oschool Official.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RPProds (@rpprods)

Kumpulan yang dianggotai 24 orang penari itu mempersembahkan tarian yang menggabungkan elemen moden dan tradisional iaitu seni silat dan hip-hop dan ternyata gabungan itu membuahkan hasil serta mendapat pujian ramai.

Dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga, kumpulan Zeppo Youngsterz turut membawa pulang wang tunai berjumlah S$3200 beserta baucer kelas tarian.

 

Dalam pada itu, persembahan mereka pada pertandingan itu turut dimuat naik di laman TikTok dan ruangan komen dibanjiri dengan ucapan tahniah dan ramai warganet yang mengagumi persembahan mereka.

@nstymirul Malaysia got 3rd places for super24sg! .#zeppoyoungsterz ♬ original sound – Amirul Hakim

“So proud of you guys! Congratulations Zeppo!!”

 

“Goose bump and proud of Malaysia. They are so talented,”

 

“This is the kind of culture appreciation by youngsters that we should totally support,”

 

Tahniah Zeppo Youngsterz! Memang gempak dan padu persembahan korang. Madu turut berbangga dengan pencapaian ini!

Post a Comment