Gadis Cina Tengah Sedap Makan Lemang, Tiba-Tiba Abang Buskers Tuju Lagu Mandarin! – Manis Madu
Gadis Cina Tengah Sedap Makan Lemang, Tiba-Tiba Abang Buskers Tuju Lagu Mandarin!

Gadis Cina Tengah Sedap Makan Lemang, Tiba-Tiba Abang Buskers Tuju Lagu Mandarin!

Sudah menjadi kebiasaan apabila menikmati hidangan di kedai makan atau restoran, pelanggan akan dihiburkan dengan persembahan daripada ‘geng buskers’ atau kumpulan pemuzik. Suasana ketika makan ternyata lebih memeriah dan membangkitkan mood ketika sedang menikmati hidangan.

 

Permintaan lagu juga boleh dibuat kepada kumpulan pemuzik ini untuk menyanyikan lagu-lagu yang kita inginkan. Contohnya request untuk nyanyikan lagu Happy Birthday sempena sambutan hari lahir.

 

Begitu juga seperti yang dikongsikan di laman TikTok oleh seorang gadis berbangsa Cina mengenai pengalamannya yang ketika itu sedang makan di salah sebuah restoran.

@butterandbunsAnd covering a Jam Hsiao song?? Come on gotta promote him here ✨

♬ super freaky girl x luxurious – xxtristanxo

Video berdurasi 18 saat itu menunjukkan gadis berbangsa Cina itu sedang menikmati hidangan lemang di sebuah restoran terkenal iaitu Lemang To’ki.

 

Namun tanpa disedari, secara tiba-tiba abang busker yang berada di restoran itu menyanyikan lagu dalam bahasa Mandarin nyanyian asal penyanyi Jam Hsiao.

 

Was enjoying my lemang and suddenly a Malay singer started singing in Chinese. Also didn’t expect such and amazing voice while eating lemang and rendang,” tulisnya dalam videonya.

 

Gadis tersebut juga berkata, dia diberitahu penyanyi tersebut menyanyikan lagu berkenaan kerana dia merupakan satu-satunya pelanggan berbangsa Cina yang berada di kedai itu.

 

He mentioned that he sang a Chinese song because I was the only Chinese customer there,”

 

Menerusi video berkenaan, gadis itu juga memuji suara penyanyi tersebut selain memberitahu dia terpukau dengan intonasi dan sebutan bahasa Mandarinnya yang sangat jelas ditambah pula lebih fasih berbanding sebutannya.

 

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut terpegun dengan nyanyian lelaki itu selain berharap busker berkenaan boleh ditularkan dan lebih dikenali lagi ekoran kebolehannya menyanyikan lagu dalam bahasa lain.

 

“Wow bestnya suara dia. Chinese dia lagi tepat dari aku. Sape yang kenal abang ni, tolong tag dia bagi famous sikit,”

 

Make him famous,”

 

I like this kind of content. It shows that we’re unite in terms of colour blind. Proud to be Malaysian💕💕💕,”

 

A Chinese girl eating lemang while hearing Malay guy singing Chinese song. Dunno, too Malaysia lah for me,”

 

Video berkenaan telah mendapat 296.9k tontonan, 39.6k tanda suka dan 384 komen ketika artikel ini ditulis.

Post a Comment