Gadis Kongsi ‘Amalan Murah Rezeki’ Selepas Makan, Netizen Kata Khurafat Dan Menyusahkan? – Manis Madu
Gadis Kongsi ‘Amalan Murah Rezeki’ Selepas Makan, Netizen Kata Khurafat Dan Menyusahkan?

Gadis Kongsi ‘Amalan Murah Rezeki’ Selepas Makan, Netizen Kata Khurafat Dan Menyusahkan?

Kecoh di laman TikTok baru-baru ini apabila terdapat satu video yang dimuat naik seorang pengguna yang berkongsi pesanan atau amalan turun-temurun ibunya selepas makan mencetuskan perdebatan orang ramai.

 

Menerusi video berkenaan, dapat dilihat gadis tersebut mencurahkan air ke dalam setiap pinggan selepas makan mengikut pesanan ibunya yang mana mendakwa perbuatan itu dapat meluaskan rezeki.

@rasyiqahjasmi Mak pesan lepas makan letak air dalam pinggan inshallah rezeki tak putus 🥰#fyp ♬ Bobo – XVX

“Mak pesan lepas makan letak air dalam pinggan inshaallah rezeki tak putus. Siapa macam ni, lepas makan letak air dalam pinggan?”

 

Meskipun begitu, di ruangan komen kepercayaan yang kononnya didakwa mendatangkan rezeki itu mengundang kritikan ramai.

 

Is this ilmu khurafat or something?”

 

Selain terdapat komen yang mengatakan amalan tersebut terselit unsur khurafat, kebanyakan netizen lainnya menyifatkan perkara itu sebagai menyusahkan pekerja-pekerja restoran.

 

“Bagi saya yang pernah kerja waitress agak menyusahkan sebab kadang nak cepat tak perasan ada air dalam tu, boleh basah sekali meja dan tukang angkat tu,”

 

“Kalau kat restoran atau jadi tetamu, jangan buat macam ni sekali tumpah menyusahkan pekerja dan tuan rumah,”

 

Sehingga kini, perkongsian video itu telah meraih 173.1K tontonan, 5170 tanda suka dan 212 komen di aplikasi TikTok.

Post a Comment