Gadis OKU Luah Kecewa Dengan KFC, Minta Naik Taraf Sistem Untuk Golongan Pekak – Manis Madu
Gadis OKU Luah Kecewa Dengan KFC, Minta Naik Taraf Sistem Untuk Golongan Pekak

Gadis OKU Luah Kecewa Dengan KFC, Minta Naik Taraf Sistem Untuk Golongan Pekak

Sebagai seorang pelanggan, pastinya kita mengharapkan perkhidmatan terbaik daripada pihak peniaga. Namun, kadangkala hak sebagai pelanggan itu tidak dipenuhi sepenuhnya hingga menimbulkan rasa geram dan kecewa!

 

Begitu juga dengan situasi berlaku kepada seorang gadis kelainan upaya yang kecewa apabila tidak mendapat layanan sepatutnya daripada restoran makanan segera terkenal, KFC.

 

Menerusi satu video dimuat naik akaun @aira_meor, gadis itu meluahkan kekesalannya apabila tidak dapat membuat pesanan makanan melalui pandu lalu.

Difahamkan, ketika tiba gilirannya membuat pesanan, dia tidak dapat berbuat demikian kerana keadaan dirinya yang tidak boleh mendengar dan bercakap. Maka, dia menunggu untuk membuat pesanan secara langsung di kaunter.

 

Tetapi malangnya pekerja di kaunter pandu lalu itu tidak menerima pesanannya malah menyuruh dia membuat pesanan secara manual di dalam KFC.

 

“Saya cakap kenapa tak boleh ambil order saya di drive thru KFC? Adakah kerana saya pekak, jadi kena pergi kaunter KFC semula??

 

“Staf lain cakap, ya kerana mereka tidak dapat terima order saya melalui screen,” tulisnya dalam video berkenaan.

 

Aira juga menambah, dia juga sudah lama siap sedia menunjukkan gambar pesanannya melalui telefon pintar tetapi pekerja tersebut tetap meminta dia masuk ke kaunter untuk membuat pesanan.

 

“Saya kecewa, hak saya diingkari buat kali kedua. Saya terus keluar dari drive thru KFC tanpa masuk semula (saya tahan lapar). Bazir masa saja,” luahnya lagi.

Aira berharap pihak KFC dapat menaik taraf perkhidmatan

Pada penghujung video tersebut, Aira turut menjelaskan bahawa tindakannya memuat naik video berkenaan bukan untuk mengejar viral atau memburukkan imej mana-mana pihak sebaliknya dia berharap pihak KFC dapat menaik taraf perkhidmatan mereka dengan lebih baik terhadap golongan pekak.

 

Aira juga turut tidak berkongsi lokasi KFC terbabit demi menjaga aib dan imej cawangan restoran segera tersebut.

balasan KFC kepada Aira atas insiden

Info terkini menunjukkan pihak KFC telah membalas video Aira tersebut dengan memohon maaf berkenaan kejadian tersebut.

Post a Comment