Gadis Panik Lidah Tersangkut Pada Braces – Manis Madu
Gadis Panik Lidah Tersangkut Pada Pendakap Gigi

Gadis Panik Lidah Tersangkut Pada Braces

Tidak dinafikan, penggunaan pendakap gigi semakin meningkat dan kebanyakannya menggunakan pendapat gigi untuk meratakan dan mencantikkan gigi.

 

Namun, orang yang memakainya sahaja akan faham betapa rumit dan sakitnya semasa permulaan memakai pendakap gigi. Penjagaan gigi dan pendakap gigi juga perlu dijaga extra untuk kebersihan dan kesihatan gigi.

 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang gadis panik gara-gara lidahnya tersangkut pada braces yang dipakainya!

 

Menerusi video yang dimuat naik oleh @syiera.eyya di laman TikTok, menunjukkan dia baru sahaja selesai makan di dapur ketika kejadian lidahnya tersangkut pada braces.

Pada mulanya, gadis itu masih tenang meskipun ibunya sudah mula panik dalam usaha mengeluarkan lidahnya. Namun, setelah beberapa kali percubaan gagal dia pula kelihatan panik hingga hampir menangis.

 

β€œEh dik, dawai masuk dalam lidah,” kata ibunya.

 

Menurutnya, kejadian sama pernah berlaku sebelum ini tetapi dapat diselesaikan dengan segera tetapi situasi yang dihadapinya ketika itu sudah 15 minit dan masih tidak dapat diselesaikan.

 

Setelah berkali-kali lagi mencuba, akhirnya gadis ini berjaya mencabut lidahnya yang tersangkut pada braces itu.

 

β€œPanjang sangat dawai dia,” luah gadis itu.

 

Difahamkan, dawai di bahagian belakang itu sebenarnya sudah pendek tetapi lipatan dawai itu sepertinya terbuka mungkin kerana dia memakan benda keras.

 

Video berkenaan telah memperoleh 1.5 juta tontonan disertai 137, 200 tanda suka, 3041 komen dan telah dikongsi sebanyak 2485 ketika artikel ini ditulis.

Post a Comment