Gadis Tertelan Jarum Peniti Gara-Gara Kemam Di Bibir Sebelum Pakai Tudung – Manis Madu
Gadis Tertelan Jarum Peniti Gara-Gara Kemam Di Bibir Sebelum Pakai Tudung

Gadis Tertelan Jarum Peniti Gara-Gara Kemam Di Bibir Sebelum Pakai Tudung

Sudah menjadi kebiasaan bagi wanita yang bertudung untuk mengenakan gaya yang pelbagai ketika menggayakan tudung. Tidak kira apa jenis hijab sekalipun, kekemasan mestilah menjadi keutamaan. Styling jatuh nombor dua.

 

Untuk memastikan hijab yang digayakan kemas dan rapi, peranan jarum peniti sangatlah penting! Ini bertujuan untuk ‘secure’ hijab yang dipakai supaya terletak dan terbentuk dengan baik.

 

Namun, tabiat ‘kemam’ jarum peniti di bibir ketika penggayaan hijab mungkin boleh mengundang bahaya jika tidak berhati-hati seperti mana yang berlaku kepada seorang pengguna TikTok ini.

 

Menerusi akaun @waniesyazwani.__ , gadis ini ada memuat naik satu video berkongsi pengalaman ngerinya apabila tertelan jarum peniti hingga terpaksa melakukan pembedahan!

Ketika sampai di hospital, doktor sudah memeriksa keadaannya dan melakukan imbasan x-ray untuk melihat kedudukan jarum tersebut.

 

“Tertelan jarum pada hari raya. Aku terus bergerak ke Hospital Dungun. Buat x-ray dan memang terang nampak jarum dekat usus,” jelasnya.

jarum dekat usus

Doktor memintanya untuk berpuasa dan telah memberikan ubat cairkan najis untuk mengeluarkan jarum tersebut. Tambahnya lagi, doktor juga memberitahu untuk memasukkan scope untuk melihat samada jarum tersebut boleh dikeluarkan atau tidak sebelum mengambil keputusan melakukan pembedahan.

 

“Aku kena operation sebab doktor scope tak jumpa kedudukan jarum kat mana,” ujarnya.

 

Difahamkan, kejadian itu berlaku ketika Wanie meletakkan jarum di bibirnya sebelum memakai tudung.

 

Menjengah ke ruangan komen, terdapat warganet yang menasihati agar lebih berhati-hati dan elakkan daripada meletakkan jarum di bibir ketika memakai tudung.

 

“Kalau boleh yang mana suka guna jarum peniti, jangan la letak kat bibir. Benda nak jadi kita tak jangka, tersedak dan masuk tekak terus. Memang bahaya,”

 

Tidak kurang juga warganet yang turut berkongsi pengalaman sama yang pernah berlaku kepada mereka.

 

“Pernah terjadi pada saya. 2 minggu duduk hospital tapi tak boleh nak operation sebab jarum bergerak ikut darah. Alhamdulillah, akhirnya keluar ikut najis,”

 

“Semoga cepat sembuh, saya pun pernah ada pengalaman tertelan jarum. Alhamdulillah keluar melalui najis,”

 

Ngeri betul ya tertelan jarum ketika nak pakai tudung. Hati-hati okay!

Post a Comment