Gara-Gara Pembedahan Sedut Lemak, Organ Badan Berlubang! – Manis Madu
Gara-Gara Pembedahan Sedut Lemak, Organ Badan Berlubang!

Gara-Gara Pembedahan Sedut Lemak, Organ Badan Berlubang!

Seorang wanita kini sedang bertarung nyawa apabila organ penting pada badannya berlubang selepas menjalani satu pembedahan kosmetik di Sepanyol, lapor akhbar Daily Star.

 

Sara Gomez, 39, kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) selepas menjalani prosedur pembuangan lemak atau ‘lipo’ di sebuah pusat perubatan di bandar Murcia pada 2 Disember lalu.

 

Dia membayar wang berjumlah €5,700 (RM26, 915) untuk pembedahan di pusat perubatan Virgen de la Caridad yang bertujuan membuang lemaknya dan menghentikan lebih banyak sel lemak daripada terhasil.

 

Gomez dilaporkan ‘menjadi agak tidak stabil’ selepas pembedahan walaupun doktor memberitahu keluarganya bahawa prosedur itu pada mulanya berjaya.

botox (1)

Sebelum pembedahan, Gomez memberitahu doktor bahawa dia telah pun menjalani pembedahan sedut lemak di bahagian perutnya, namun dia diberitahu bahawa ia tidak akan menyebabkan sebarang masalah.

 

Keadaan kemudiannya berubah menjadi buruk selepas ibu kepada dua orang anak itu dipindahkan ke Hospital Santa Lucia, di mana keluarganya mendakwa dia dibiarkan dalam keadaan berdarah dengan teruk.

 

Gomez terpaksa menjalani pembedahan selepas didapati mengalami luka pada pelbagai organ termasuk buah pinggang, hati, duodenum dan usus.

 

Keadaan wanita itu disifatkan berlaku disebabkan oleh kecuaian perubatan, dengan keluarganya menyatakan hasrat untuk mengambil tindakan undang-undang.

Sumber Gambar: Daily Star

Post a Comment