Gara-Gara Tayang Gambar Aiskrim, Jennie Blackpink Dikecam! – Manis Madu
Gara-Gara Tayang Gambar Aiskrim, Jennie Blackpink Dikecam

Gara-Gara Tayang Gambar Aiskrim, Jennie Blackpink Dikecam!

Dek kerana memuat naik gambar tangannya memegang aiskrim bersama enam individu lain, penyanyi popular Jennie dituduh melanggar peraturan terkini di Korea Selatan yang tidak membenarkan pertemuan melebihi lima orang di sesebuah lokasi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by J (@jennierubyjane)

Menurut Soompi, Jennie dikatakan telah memuat naik perkongsian berkenaan menerusi hantaran di Instagramnya berserta kapsyen pendek berbunyi, “Keluar berjalan.”

 

Bagaimanapun, salah satu foto yang dimuat naik mengundang spekulasi netizen apabila terdapat dakwaan dia melanggar arahan kerajaan berhubung limitasi jumlah individu yang dibernarkan berkumpul di sesuatu tempat.

jennierubyjane_aiskrim

Sumber Gambar: Naver TV

Setelah dikritik ramai, Jennie bertindak memadam foto tersebut.

 

Sedar tentang kontroversi yang dicetuskan artis bawah naungan mereka, agensi YG Entertainment tampil menjelaskan keadaan sebenar menerusi satu kenyataan.

 

Agensi tersebut memaklumkan bahawa penyanyi itu berada di lokasi berkenaan atas urusan kerja dan bukannya menyertai perjumpaan sosial bersama rakan-rakan seperti yang ditafsir oleh ramai.

 

“Jennie ke sana untuk menjalani penggambaran sebuah video,” kata wakil dari YG Entertainment.

Post a Comment