Gara-Gara “Total Lockdown” 1050kg Pisang Berangan Terpaksa Dilupuskan – Manis Madu
Gara-Gara Total Lockdown 1050kg Pisang Berangan Terpaksa Dilupuskan

Gara-Gara “Total Lockdown” 1050kg Pisang Berangan Terpaksa Dilupuskan

Musim-musim PKP ini memang tidak dapat dinafikan banyak pengusaha-pengusaha kecil mengalami kerugian ke atas barangan dan hasil jualan masing-masing.

 

Begitu juga dengan nasib dua sahabat dari Kampung Belimbing Kiri di Kuala Nerang  yang terpaksa menanggung kerugian hampir RM10,000.

 

Kerugian yang terpaksa ditanggung itu kerana tidak dapat memasarkan tanaman pisang yang diusahakan mereka ekoran Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (PKP) sejak  awal Jun. 

 

Mereka difahamkan mengalami kerugian kerana pemborong dari Pulau Pinang, Perlis dan beberapa daerah di negeri berkenaan tidak datang membeli pisang tersebut sepanjang tempoh PKP ini. 

 

Menurut laporan Kosmo, sejak April tahun lalu, Mohd Azlan Abdul Manaf, 37, dan Azmir Abd Rahman, 37, dari Kampung Belimbing Kiri ini mula mengusahakan tanaman pisang berangan seluas kira-kira dua hektar.

 

Kebun pisang miliknya itu dikatakan dapat menghasilkan pisang sebanyak 400 hingga 500 kilogram dalam sehari.

 

Menurut pengusaha ladang pisang itu, minggu pertama PKP penuh sahaja mereka terpaksa melupuskan sebanyak 1050kg pisang berangan yang telah masak kerana tiada pemborong yang datang membelinya.

 

“Kami terpaksa memasarkan sendiri buah pisang tersebut untuk mengelakkan kerugian yang lebih besar” ujar salah seorang dari pengusaha tersebut.

 

“Buat masa ini, kami terpaksa meletakkan buah pisang tersebut di kedai-kedai runcit sekitar daerah Padang Terap.” 

 

Pisang yang dijual sebelum ini difahamkan berharga RM2.50 sekilogram berbanding RM1.80 sekilogram pada ketika ini.

 

Menurut Azmir pula, mereka berkongsi modal sebanyak RM 35,000 bagi mengusahakan tanaman pisang itu.

 

“Alhamdulillah, projek tanaman pisang yang diusahakan itu berjaya, namun menghadapi masalah untuk memasarkan buah pisang tersebut ketika PKP ini” – Azmi

 

Sumber Gambar: Kosmo

Post a Comment