Garmin Lancarkan Descent Mk2S & Peraduan Foto Bawah Air! – Manis Madu
Garmin Lancarkan Descent Mk2S & Peraduan Foto Bawah Air

Garmin Lancarkan Descent Mk2S & Peraduan Foto Bawah Air!

Garmin Malaysia baru-baru ini telah mengeluarkan jam tangan terbaru rekaan khas untuk kegunaan pencinta aktiviti selam!

20201031_Support_ROD_6579_RGB

Connected watch-style dive computers direka dengan bentuk lebih kecil dengan warna-warna baru yang lebih menarik dengan warna 1.2-inch sunlight-readable sapphire display

 

Ia juga didatangkan dengan sarung jam tangan (watch case) 43mm dan jalur QuickFit yang boleh ditukar ganti ke silikon, kulit, logam atau nilon.

Descent Mk2S

DescentMk2S_HR_2001.88

Descent Mk2S menyokong pelbagai mod menyelam untuk single and multiple gas dives (termasuk udara, nitrox, trimix malah hingga 100% O2), gauge, apnea, apnea hunt dan closed-circuit rebreather.

DescentMk2S_HR_3001.59

Produk terbaru Garmin ini juga dilengkapi dengan fungsi kompas 3 paksi bawah air dan memaparkan kedalaman, masa menyelam, suhu, NDL/TTS, kadar pendakian/penurunan, campuran gas dan banyak lagi!

Peraduan Foto Bawah Air – #EveryDiveCounts

Untuk pengetahuan Maduners, seiring dengan pelancaran Descent Mk2S, pihak Garmin Malaysia juga mengadakan Peraduan Foto Bawah Air – #EveryDiveCounts dengan hadiah bernilai RM9,000!

 

Melalui Peraduan Foto Bawah Air “The Descent Mission #EveryDiveCounts”, Garmin mengajak peminat aktiviti menyelam untuk menyumbangkan gambar hidupan laut sebagai data penyelidikan.

20201031_Hero_ROD_0001_RGB

Setiap penyelam boleh menjadi Citizen Scientist melalui ‘sumbangan’ gambar hidupan laut ke projek pengumpulan dan data analisis data kolaboratif #CitizenScience LAMAVE melalui platform iNaturalist.

20201031_Hero_ROD_0002_RGB

Maklumat yang dikumpulkan dapat membantu penyelidikan LAMAVE mengenai spesies laut seperti marine turtles, whale sharks, manta rays dan banyak lagi.

 

Para penyelam digalakkan untuk menghantar gambar hidupan laut di iNaturalist dari sekarang hingga 31 Ogos 2021. 

 

Panel hakim yang akan menilai dan memilih gambar terbaik terdiri daripada selebriti selam terkenal dan jurugambar bawah laut antaranya Kohei Ueno, Sirachai Arunrugstichai, Ariana Agustines, Martin Zapanta, Marco Chang dan Kim Sung Soo.

20201031_Support_ROD_1751_RGB.jpg

Bagi para penyelam yang berminat untuk dapatkan The Descent Mk2S, ia boleh didapati dengan harga RM4,799 di platform atas talian seperti Lazada, Shopee, AECO e-store atau peruncit sah Garmin.

 

Untuk maklumat lebih lanjut, kunjungi Garmin’s virtual pressroom

di https://www.garmin.com.my/news/pressroom/  atau boleh ikuti mereka di https://www.facebook.com/garminmalaysia,  https://www.instagram.com/garminmalaysia/, atau https://youtube.com/c/GarminMalaysiaAsia.

Post a Comment