Gastrik Ganggu Ibadah Puasa? 3 Tips Elak Gastrik Di Bulan Ramadan – Manis Madu
3-Tips-Elak-Gastrik-Di-Bulan-Ramadan

Gastrik Ganggu Ibadah Puasa? 3 Tips Elak Gastrik Di Bulan Ramadan

Sudah pastinya ia satu cabaran terutamanya bagi Maduners yang bekerja atau anak-anak yang bersekolah untuk menahan rasa lapar dan dahaga pada bulan Ramadan.

 

Maklumlah, bulan puasa ini pola pemakanan kita pun dah berubah.

 

Jadi, hari ini Miera nak kongsikan sedikit tips atau cara-cara yang korang boleh ikut untuk elakkan dari gastrik dan dahaga sampai berbuka nanti.

#1 Jangan Elak Bersahur

Untuk memastikan badan kita mempunyai tenaga, sahur adalah salah satu perkara penting yang Maduners perlu buat jika berpuasa. Kalau dalam Islam pun memang digalakkan untuk kita bersahur supaya kita dapat menahan lapar dan dahaga hingga waktu berbuka.

 

Ini adalah cara yang paling asas untuk mengelakkan diri dari gastrik, terhidrasi dan sebagainya.

#2 Bersahur Dengan Makanan Yang Tepat & Sihat

Bersahur-Dengan-Makanan-Yang-Tepat-&-Sihat

Memang tak dapat dinafikan kadang kala perut kita sukar untuk terima makanan pada waktu pagi. Lepas itu mula nak makan benda yang bukan-bukan.

 

Tapi korang perlu tahu, apa yang mempengaruhi perut kita untuk menentukan lapar atau tidak juga bergantung kepada makanan yang kita makan semasa bersahur.

mengambil-makanan-yang-berserat-tinggi

Untuk atasi rasa lapar atau gastrik, Maduners boleh mengambil makanan yang padat dengan gizi dan tidak terlalu cepat dicerna. Banyakkan juga mengambil makanan yang berserat tinggi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

 

Antara makanan lain yang elok dimakan pada waktu puasa adalah kurma yang sememangnya menjadi makanan utama apabila menjelang puasa kerana khasiat yang terdapat pada kurma adalah sangat tinggi dan mampu memberi tenaga tambahan kepada kita.

#3 Tidur Yang Cukup & Berkualiti

Tidur-Yang-Cukup-&-Berkualiti

Selain berdisiplin dalam menjaga pemakanan, tips lain untuk menghadapi bulan puasa juga adalah tidur yang cukup dan berkualiti.

 

Maduners boleh memanfaatkan jam makan siang untuk tidur atau berehat beberapa saat. Jangan tidur pada waktu siang terlalu lama, nanti rasa pening kepala pula.

 

Kenapa tidur yang cukup dan berkualiti penting sebab kalau Maduners tidak mendapatkan tidur yang cukup, badan Maduners akan menjadi lebih lemah dan cepat rasa lapar.

 

Tidur yang cukup dapat membantu Maduners untuk tetap produktif sepanjang berpuasa. Tetapi! Jangan pula tidur berlebihan pula bulan puasa ini, tak elok!

 

Semoga tips yang Miera kongsikan ini dapat memberi manfaat kepada Maduners semua. Selamat berpuasa!

Post a Comment