Gatal & Pedih Pada Kulit Masa Guna Produk Baru, Jangan Abaikan Patch Test! – Manis Madu
Jangan Abaikan Patch Test

Gatal & Pedih Pada Kulit Masa Guna Produk Baru, Jangan Abaikan Patch Test!

Pernah tak ketika gunakan produk baru, kulit korang jadi tak selesa dan memberi reaksi tidak baik seperti naik jerawat, kemerahan, gatal-gatal, pedih dan sebagainya?

 

Haa, itu bermakna produk yang digunakan tidak bersesuaian dengan kulit korang! Untuk pengetahuan, terdapat satu ujian yang boleh dilakukan sebelum tentukan untuk pakai sesuatu produk di muka.

 

Ujian yang dimaksudkan adalah patch test.

stainless steel spoon

Patch test adalah ujian untuk melihat samada skincare yang digunakan sesuai dengan kulit atau sebaliknya. Jika produk yang digunakan sesuai, kulit akan jadi lebih baik. Jika tidak, kulit korang mungkin akan berlaku gejala seperti disebutkan tadi.

person holding amber glass bottle

Patch test terdiri daripada 3 perkara:

  • Untuk kenalpasti jika kulit ada alergik
  • Untuk kenalpasti iritasi kulit (kerengsaan)
  • Comedogencity (liang pori tersumbat)

#1 Alergik

 

Cara untuk kenalpasti samada kulit ada alergik atau tidak dengan sesuatu produk, cuba sapu skincare pada bahagian kulit belakang telinga. Ini kerana kulit di bahagian itu hampir sama dengan kulit pada wajah.

 

#2 Iritasi

 

Untuk mengenalpasti kesan iritasi kulit pula adalah dengan menyapu skincare pada bahagian kulit paling sensitif. Diingatkan, kulit sensitif setiap orang adalah berbeza tau. Boleh jadi di bahagian dagu, pipi, rahang dan lain-lain.

 

Macam mana nak tahu bahagian kulit yang sensitif? Tempat yang paling cepat memberi reaksi terhadap sesuatu produk itu adalah tempat paling sensitif. Contohnya, salah pakai produk jerr terus rasa gatal-gatal, pedih atau tak selesa.

 

#3 Comedogenicity

 

Sapu skincare pada bahagian yang liang pori mudah tersumbat dan tempat paling senang jerawat berkampung. Untuk bahagian ini juga berbeza bagi setiap orang. Ada yang di bawah bibir, tepi hidung, pipi dan lain-lain.

 

Skincare yang korang sapu tak perlu banyak pun. Hanya sebesar duit 20 sen dan sapu nipis seperti korang apply pada hari produk kebiasaan. Patch test perlulah dilakukan dalam tempoh seminggu. Tapi, ini bergantung pada individu juga. Ada yang mendapat kesan seawal 24 jam dan ada juga dalam tempoh 3-4 hari sahaja.

yellow skin balm

Saranan Madu, korang jangan test semua produk sekaligus tau! Buat satu-satu supaya kita tahu produk mana yang sesuai. Kalau bercampur, macam mana nak kenalpasti kan?

 

Lepas ini, sebelum pakai produk di seluruh muka, buat patch test dulu ya supaya kulit tak breakout teruk. Lebih baik breakout sikit daripada keseluruhan kan?

Post a Comment