Gaun hospital untuk Frontliners yang direka khas oleh Malaysia Fashion Designers – Manis Madu

Gaun hospital untuk Frontliners yang direka khas oleh Malaysia Fashion Designers

Melinda Looi yang merupakan presiden MODA (Malaysia Official Designers Association) telah didorong oleh semangat komuniti reka bentuk fesyen yang ingin membantu frontliners melawan Covid-19.  Antara pereka fesyen yang telah bekerjasama dengannya ialah Khoon Hooi, Celest Thoi, Alia Bastaman dan Key Ng.

Sumber Gambar: My.Asiatatler.com

Selain itu, beliau juga telah berkolaborasi dengan Fashion Valet untuk meningkatkan derma membeli bahan standard hospital bukan tenunan untuk membuat gaun hospital. Buat masa ini, 600 gaun hospital telah dihasilkan tetapi masih banyak lagi yang harus dibuat agar semua frontliners dapat memakai gaun hospital ini.

Semoga dengan gaun hospital ini, frontliners kita boleh merasai sokongan dari mereka serta selamat ketika merawat pesakit yang terjejas dengan wabak Covid-19 ini!

Post a Comment