Gegirls! Masa Untuk Kompilasi Trend Fesyen 2020 Yang Korang Kena Try!
Banyak sangat trend fesyen, sampai Madu sendiri pun tak dapat nak follow semua. Tak kisahlah beg, kasut, baju atau seluar. Semestinya ada jerr ‘fenomena’ fesyen yang baru pada setiap tahun.
Hari ini Madu nak kumpulkan koleksi kegemaran fesyen yang trending pada tahun 2020. Mana tahu korang boleh terinspirasi untuk buat #ootd daripada post ni kan?
1. Kasut Diikat Keliling Seluar
Sumber Gambar: whowhatwear
Madu suka sangat styling kasut dan seluar Memang ada vibe edgy dan chic!
Sumber Gambar: www.popsugar.com
Selalunya untuk mendapatkan look ini, Maduners harus memakai seluar besar dan panjang yang kemudian dikenakan dengan kasut tinggi bertali seperti dalam gambar. Ikat, ikat, ikat dan dah siap!
Sumber Gambar: www.vogue.co.uk
Kalau korang nak tahu, cara styling kasut dan seluar ini banyak dipakai semasa NYFW. Menarik bukan?
*NYFW: New York Fashion Week
2. Kain Satin
Sumber Gambar: Pinterest
Tidak dilupakan juga fenomena kain satin yang tiba-tiba menjadi kegilaan orang ramai tahun 2020 ini. Tak kisahlah dress, skirt ataupun blaus. Semuanya nampak cantik!
Sumber Gambar: Pinterest
Tak tahu kenapa, ada sesuatu pada material satin ini yang akan membuatkan si pemakai kelihatan lebih classy dan elegant. Ditambah pula dengan tali pinggang seperti dalam gambar. Wahhhhh extra sangat.
Kepada gadis hijabi, jangan risau! Korang boleh style-kan satin dress macam dalam gambar ni. Banyak kedai di Instagram yang jual satin skirt panjang khas untuk wanita hijabi supaya korang boleh kekal on trend!
3. Baggy Jeans (Jeans Longgar)
View this post on Instagram
Inilah dia antara street-style terbaru tahun 2020 iaitu baggy jeans. Kalau dulu kita mengagungkan pemakaian skinny jeans, namun tahun ini trend seluar berbeza daripada 5 tahun dahulu. Semua orang berpusu-pusu ke kedai bundle untuk mendapatkan seluar longgar 90-an ini.
View this post on Instagram
Comel betul outfit ini! Sesuai untuk dipakai bila-bila sahaja, lebih-lebih lagi bila nak chill dengan kawan atau pasangan Maduners sambil ber-ootd.
4. Bag Vintaj Kecil
View this post on Instagram
Kalau Maduners keluar ke mall atau mana-mana, mesti akan nampak gadis-gadis pakai bag ini kan? Setuju tak?
View this post on Instagram
Tak pelik pun sebab bag ni sememangnya sedang trending plus senang untuk dibawa! Cuma sesiapa yang suka bawa banyak barang macam Doraemon, bag ini mungkin bukan bag yang sesuai untuk Maduners.
5. Bucket Hat
Bucket Hat yang asalnya dipakai oleh orang-orang yang keluar memancing di tengah panas kini menjadi fesyen trend 2020! Terutama sekali topi bucket hat yang mempunyai warna-warna lembut atau pastel.
View this post on Instagram
Selain dapat melindungi Maduners daripada sinaran matahari yang begitu memancar di Malaysia seperti dalam oven githewww, bolehlah Maduners memakai topi ini sebagai aksesori tambahan. Nampak cute sangat!
6. Kasut Tinggi Berbentuk Petak
Sumber Gambar: Pinterest
Madu rasa penggemar minimalis mesti suka akan kasut ini. Reka bentuk kasut ini sangat simple dan sesuai untuk dipakai di mana-mana sahaja.
Sumber Gambar: Fbtotti.com
Kalau tempat kerja Maduners tiada dress-code yang ketat bolehlah try pakai heels ini. Selesa, simple dan cantik!
7. Tali Pinggang Gucci
View this post on Instagram
Madu suka sangat trend tali pinggang Gucci ini. Ia akan membuatkan sesuatu outfit yang simple kelihatan mahal dan oh-so-gorgeous!
View this post on Instagram
Pakai jerr tali pinggan ini dan gaya Maduners akan kelihatan cantik di level yang tip top! Tak sangka aksesori se-simple ini akan memberi kelainan kepada pakaian kita.
Cuma harganya agak mahal, tapi jangan risau! Banyak jerr dupes yang Maduners boleh jumpai di Shopee mahupun Instashop.
Jadi Madu harap Maduners sukalah koleksi trend fesyen 2020 ini. #StayHomeButMakeFasyun !