Gelaran Juara Suria Duo X? Saksikan Episod Akhir Di Facebook Suria FM & Youtube Suria TV! – Manis Madu
FINALE-HERO-BANNER_SURIA-DUO-X_1300X800_NO-KLIK

Gelaran Juara Suria Duo X? Saksikan Episod Akhir Di Facebook Suria FM & Youtube Suria TV!

Ya ampun, Madu dah mula tengok Suria Duo X dari episod pertama, sekarang dah episod akhir!

_FINALE_SURIADUOX_SQUARE-768

Sedih tapi tak sabar nak tengok finalis kumpulan mana akan merangkul gelaran juara Suria Duo X! Ahhhhhhh! Excitednya!

 

Dah tiga minggu episod Suria Duo X berlangsung dari persembahan #teamSyamelxSitiSarah, #teamEzadLazimxAinaAbdul dan #teamAzlanxAraJohari, semua merdu habis! Madu masih termimpi-mimpi githewww persembahan daripada 3 team ini.

 

Maduners yang  masih  belum  tonton episod pertama, kedua dan ketiga Suria  Duo  X, korang boleh ikuti episod Suria Duo X di https://www.suria.my/suriaduox/

Suria-duo-x-mingguan

Tapi yang Madu terpaling excited untuk episod terakhir adalah nak tengok persembahan finalis yang menyertai peraduan untuk menyanyi bersama team pilihan mereka!

 

Tiga  finalis  tersebut akan diumumkan melalui radio Suria FM dan media sosial Suria Malaysia.

FINALE-HERO-BANNER_SURIA-DUO-X_768X432_NO-KLIK

Kalau nak tahu suara finalis yang berjaya itu mantap atau tidak? Kenalah tengok episod terakhir pada 9 Oktober ini, jam 9.00 malam di Facebook  Suria FM  dan Youtube  Suria TV. Ala, mesti vokal terbaiklah sebab team-team duet Suria Duo X yang buat pemilihan sendiri.

 

Yang menjadi finalis mesti seronok gilerr, bukan saja dapat berduet dengan team pilihan mereka, sekali juga juara Suria Duo X akan bawa pulang wang tunai RM5,000 beserta trofi Suria Duo X! Ohhh my god! Bukan menang duit saja, siap dapat trofi!

 

Tempat kedua dan tempat ketiga meraih RM3,000 dan RM2,000 serta trofi Suria Duo X.

 

Maduners jangan risau sebab Maduners boleh mengundi peserta dan team pilihan korang secara online menerusi https://undi.suria.my/ bermula pada 5 Oktober sehingga 9 Oktober 2020 untuk tentukan juara Suria Duo X.

 

Ehhhhhh, kejapppp! Madu macam lupa sesuatu hmmm ha! Untuk finale  Suria Duo X  juga, bakal menampilkan persembahan artis legenda dan baru seperti Dato Hattan, Adam E, Yonnyboii dan Dolla.

 

Madu memang minat gilerr dengan Yonnyboii! Tak shabarnyyya!

Peraduan Suria Bagi Duit Huntonglah’!

Mana pula datangnya RM30,000? RM30,000! Siapa jerr tak mahu dapatkan peluang menang duit sebanyak itu Maduners!

SURIA-BAGI-DUIT-HUNTONGLAH

Senang jerr, korang boleh join ‘Suria Bagi Duit Huntonglah’! Nama peraduan pun dah gempak uolsss!

 

Dengarkan Suria  sepanjang  masa, jadi pengirim WhatsApp terpantas  di  012-5551053 berserta nama penuh,  nombor mykad  dan #suriabagiduithuntonglah sebaik saja isyarat memanggil dikeudarakan.

 

Kemudian nantikan panggilan daripada penyampai Suria yang bertugas dan  berikan jawapan untuk tajuk lagu serta nama penyanyi yang ada menyebut audio ‘Suria Bagi Duit Huntonglah’.

 

Madu rasa ini peraduan paling mudah untuk korang menang, janji tajuk lagu yang ditanyakan oleh penyampai Suria!

Kalau jawapan yang Maduners diberikan betul, wang tunai berjumlah RM200 akan dimenangi tetapi kalaulah jawapan yang Maduners berikan itu salah,  wang tersebut akan digandakan dalam segmen berikutnya.

 

Maduners yang nak tahu maklumat lebih tentang peraduan Suria Bagi Duit Huntonglah! Layari https://www.suria.my/ atau ikuti media sosial Suria Malaysia.

 

Last! Jangan lupa temu janji kita untuk saksikan episod akhir Suria Duo X secara langsung di  Facebook Suria FM  dan Youtube  Suria TV, 9 Oktober ini, jam 9.00 malam.

Post a Comment