Gelinya! Rupanya Ini 7 Sungai Terkotor Di Dunia! – Manis Madu
Gelinya! Rupanya Ini 7 Sungai Terkotor Di Dunia!

Gelinya! Rupanya Ini 7 Sungai Terkotor Di Dunia!

Sungai merupakan sumber terpenting dalam kehidupan harian kita. Buat sebahagian penduduk, sungai menjadi sumber mata pencarian juga seperti nelayan.

 

Malangnya, tak semua ada kesedaran tentang kepentingan sungai hingga mengabaikan tanggungjawab menjaganya daripada tercemar. Banyak sebenarnya sungai yang sudah tercemar, kotor bahkan berbahaya di bumi ini.

 

Hari ini Anis akan kongsikan 7 sungai paling kotor dan tercemar di dunia.

Sungai Ganges, India

sungai 1 (1)

Pada tahun 2007, sungai Ganges telah disenaraikan sebagai salah satu daripada lima sungai paling tercemar di dunia. Oleh kerana kaitan dengan keagamaan, pencemaran yang mencemarkan sungai ini sangat banyak dan berbeza-beza.

 

Pencemaran yang berlaku di sungai ini terdiri daripada sisa industri toksik, kumbahan, plastik dan upacara keagamaan yang berlaku terlalu banyak setiap hari.

sungai 3 (1)

Menurut satu kajian dilakukan oleh Majlis Penyelidikan Perubatan India (ICMR), sungai Ganges begitu penuh dengan bahan pencemar toksik sehingga orang yang tinggal dekat dengan tebingnya lebih terdedah kepada kanser daripada tempat lain di India.

Sungai Citarum , Indonesia

sungai 4 (1)

Sungai ini berada dalam krisis yang melampau ketika ini kerana dipenuhi dengan berjuta-juta tan sisa domestik dan industri. Bahkan, disebabkan permukaan air sangat padat oleh semua bahan pencemar, air sungai sampai tak kelihatan!

sungai 5 (1)

Semua jenis bahan cemar seperti botol plastik, tayar, sarung tangan getah, perabot rumah yang rosak, kumbahan, bahan kimia berbahaya, logam berat dan lain-lain boleh ditemui di sungai ini sekaligus mengganggu ekosistemnya.

 

Bukan hanya itu, menurut laporan kadar merkuri di sungai ini adalah 100 kali lebih daripada jumlah yang ditetapkan oleh perundangan! Lebih teruk, kebanyakan bahagian di sungai ini sudah hampir mati.

Sungai Buriganga, Bangladesh

sungai 7 (1)

Sungai Buriganga juga antara salah satu sungai paling penting untuk ekonomi penduduk di Bangladesh. Sungai ini telah membantu perdagangan sejak abad ke-17 dan merupakan salah satu sumber utama air minuman penduduk di Dhaka.

sungai 6 (1)

Namun sayangnya, hari ini airnya telah tercemar oleh bahan pencemar bahaya seperti sisa industri dan isi rumah, kumbahan, sisa perubatan, minyak, plastik dan bangkai haiwan.

 

Laporan menunjukkan bahawa sebanyak 4,500 tan sisa pepejal dilepaskan ke sungai ini dan jumlah ini adalah dari Dhaka sahaja tau!

 

Meskipun pelbagai usaha telah dilakukan oleh kumpulan alam sekitar, kerajaan Bangladesh tidak dapat melaksanakan langkah penting untuk menyelamatkan sungai Buriganga dan sungai-sungai lain daripada tercemar.

Sungai Marilao, Filipina

sungai 8 (1)

Sungai Marilao merupakan salah satu sungai paling tercemar di dunia yang juga digunakan sebagai sumber air minum. Sungai yang terletak di sebelah utara Manila ini sangat kotor akibat adanya pembuangan sampah isi rumah, plastik, dan sisa industri seperti fabrik dan pengolahan emas.

 

Air sungai ini juga sudah tercemar dengan pelbagai unsur logam berat. Walaupun pemerintah telah memasang peraturan dan denda bagi yang membuang sampah di sungai ini, tetapi masyarakat setempat masih saja membuang sampah ke sungai ini.

Sungai Mississippi, Amerika Syarikat

sungai 9 (1)

Siapa sangka, di negara maju seperti Amerika Syarikat juga terdapat sungai yang tercemar! Menurut laporan pada tahun 2012 oleh satu kumpulan kempen, Environment Missouri berkata bahawa pada tahun 2010, kira-kira 5.76 juta kilogram sisa toksik dibuang ke dalam sungai Mississippi.

sungai 10 (1)

Ini termasuk bahan kimia beracun seperti nitrat, benzene dan arsenik. Sungai penting yang terbesar dalam sistem perparitan Amerika Utara ini merupakan sumber alam semulajadi dan ekonomi terbesar bagi Amerika Syarikat.

 

Lembah sungai yang suatu ketika dahulu sangat subur untuk pertanian, kini digelar ‘Zon Mati’ gara-gara alga berbahaya yang tumbuh di dalam sungai yang tercemar menyerap semua oksigen sehingga tidak memungkinkan organisma lain untuk terus hidup.

Sungai Matanza, Riachuelo Argentina

sungai 11 (1)

Seterusnya adalah sebuah sungai sepanjang 64 kilometer terletak di ibu kota Argentina. Sungai Matanza yang jika diterjemahkan kepada bahasa Melayu sebagai ‘sungai penyembelihan’ ini berbau busuk kerana penuh dengan bahan toksik.

Difahamkan, berjuta-juta kumbahan dilepaskan ke dalam sungai ini setiap hari termasuk sejumlah besar sisa isi rumah. Selain itu, sisa kimia yang dilepaskan oleh pelbagai syarikat petroleum juga merupakan salah punca utama sungai ini tercemar.

 

Jangan tak tahu, pelbagai usaha sudah dibuat oleh pemerintah Argentina dan pelbagai kumpulan lain untuk mengawal pencemaran tetapi malangnya tiada satu pun yang berhasil setakat ini.

Sungai Sarno, Itali

sungai 12 (1)

Beralih pula ke Benua Eropah, terdapat sebuah sungai dikenali sebagai Sungai Sarno yang mengalir dari Pompeii hingga ke Kota Naples yang berada di selatan Itali.

Meskipun sumber air sungai ini sangat bersih hingga dapat diminum tetapi bahagian bawahnya memiliki tahap pencemaran yang sangat tinggi akibat buangan industri dan pertanian. Racun yang terdapat dalam air sungai ini bahkan mampu meransang gejala kanser di kawasan tersebut!

 

Maduners dah tengok sendiri kesan pencemaran sungai bukan sahaja mengotorkan sungai tetapi membahayakan penduduk sekitar. Mulai hari ini, berjanjilah pada diri kita untuk sama-sama bertanggungjawab menjaga kebersihan sungai.

Post a Comment