Giliran Britain Laksana Program Percubaan Kerja Empat Hari Seminggu – Manis Madu
Giliran Britain Laksana Program Percubaan Kerja Empat Hari Seminggu

Giliran Britain Laksana Program Percubaan Kerja Empat Hari Seminggu

Syarikat-syarikat di Britain mengambil bahagian dalam program percubaan bagi melaksanakan sistem bekerja empat hari seminggu dengan pekerja masih menerima gaji penuh untuk sebulan, lapor akhbar The Sun.

 

Beberapa negara telah berjaya melakukan percubaan sistem bekerja tersebut dalam tempoh enam tahun lepas dan kini, Britain mahu melaksanakan langkah serupa.

 

“Lebih 30 syarikat akan mengambil bahagian dalam kempen cara bekerja baharu yang lebih berani ini,” kata beberapa penganalisis.

 

Kajian baharu menunjukkan bahawa 78 peratus pekerja yang bekerja empat hari seminggu adalah lebih gembira dan kurang tertekan.

 

Menerusi kempen percubaan selama enam bulan itu, firma-firma terlibat akan menilai sama ada pekerja boleh melaksanakan produktiviti 100 peratus atau 80 peratus.

 

Program perintis itu diketuai oleh 4 Day Week Global dengan kerjasama firma pemikir Autonomy, kempen 4 Day Week UK dan kumpulan penyelidik dari Universiti Oxford, Kolej Boston serta Universiti Cambridge.

 

Sebelum ini, respons luar biasa telah diterima dalam kempen percubaan sistem bekerja empat hari seminggu di Iceland pada 2015 hingga 2019.

 

Berdasarkan percubaan tersebut, pekerja didapati kurang tertekan dan mempunyai gaya hidup seimbang, selain majikan mendapati bahawa tiada pengurangan dari segi produktiviti atau penyediaan perkhidmatan.

Post a Comment