“Goodbye My Special Brother” Ramai Sebak Lepas Tonton Episod Akhir Kwang Soo Bersama Running Man – Manis Madu
Ramai Sebak Lepas Tonton Episod Akhir Kwang Soo Bersama Running Man

“Goodbye My Special Brother” Ramai Sebak Lepas Tonton Episod Akhir Kwang Soo Bersama Running Man

Detik yang paling menyedihkan apabila seorang lagi ahli Running Man iaitu Lee Kwang Soo terpaksa meninggalkan rakan-rakan Running Man yang lain atas sebab masalah kesihatannya. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RunningMan (@sbs_runningman_sbs)

Menurut Allkpop, episod Running Man yang ditayangkan semalam berjudul “Goodbye My Special Brother” merupakan tayangan terakhir bagi Kwang Soo bersama rakan-rakan Running Man yang lain. 

 

Pada episod terakhir Running Man yang ditayangkan di SBS, Kim Jong Kook sempat memberikan tulisan tangan  dan gambar potret yang sangat menyentuh hati kepada Kwang Soo.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jk (@kjk76)

Di dalam surat itu Kim Jong Kook menyatakan bahawa dia sangat gembira dapat mengenali Kwang Soo dan beranggapan perkara itu akan berterusan sampai bila-bila. 

 

Jong Kook juga berkata, “ Saya rasa lebih sedih sebab saya fikir antara ramai-ramai Kwang Soo yang akan bersama kami selama-lamanya.”

 

“ Walaupun kita tidak akan bersama di Running Man harap kita dapat terus bersama sehingga akhir hayat kita” – Jong Kook

 

Bersama dengan memo yang diberikan, Kim Jong Kook juga menulis “I Love You” bersebelahan potret yang dilukisnya sendiri khas buat Lee Kwang Soo.

 

Kenyataan ini juga telah mendapat perhatian  warga Twitter apabila ramai di antara peminat rancangan korea itu turut terasa sebak atas kehilangan seorang lagi ahli Running Man. 

Post a Comment