Google 3D Animals – Manis Madu

Google 3D Animals

Hai Maduners! Tau tak Google sekarang dah upgrade ke whole new level? Selain digunakan sebagai carian untuk sesuatu maklumat, kita boleh guna Google untuk bermain. Kini, Google 3D Animal boleh didapati di Google sendiri. Mari lihat apa yang kita boleh terokai di sini.

Dengan menaip nama haiwan di Google Search Bar, Maduners boleh lihat 3D animals sedang bergerak bila korang scroll down hingga nampak perkataan view in 3D. Tekan butang tu dan voila! Haiwan yang dicari tadi akan keluar.

Setelah korang tekan tu, akan ada dua pilhan yang Maduners boleh pilih untuk lihat lebih dekat haiwan kesukaan Maduners. Iaitu “AR” atau objek “AR”. “AR” ialah Augmented Reality. Ia bermaksud pengalaman interaktif dalam persekitaran dunia nyata di mana objek yang berada di dunia nyata dipertingkatkan oleh komputer yang dihasilkan.

Contohnya, jika anda inginkan harimau berada di dalam rumah, bolehlah tekan butang “AR”. Pastikan cahaya terang dan gerakan telefon untuk pastikan haiwan itu diletakkan dengan sesuai.  Maduners juga boleh menangkap gambar dan video untuk dimuat naik di media sosial. Mana tau dapat sambutan hangat dari followers y’alls!

Objek “AR” pula mempunyai ciri yang sama seperti “AR” tetapi ia hanya focus pada objek sahaja. Ia tiada kaitan dengan dunia realiti kita. Oleh itu, Maduners hanya boleh zoom in dan out untuk lihat dengan lebih dekat haiwan kegemaran anda.

 

Google 3D animals ni hanya berkesan pada smartphone sahaja. Jika Maduners cuba pada laptop atau komputer ia tidak akan menunjukkan gambaran 3D itu. Walaubagaimanapun, senarai haiwan ini sangat terhad dan bukan semua haiwan kita boleh dapati dalam bentuk 3D. Haiwan yang kita boleh lihat dalam bentuk 3D ada di senarai ini.

Selain haiwan, terdapat objek lain juga yag kita boleh lihat dalam 3D iaitu, planet, produk, perabot serta human body. Dengar kata, Google dalam proses untuk memaparkan kereta dalam 3D. Oleh itu, Maduners bolehlah cuba untuk search benda lain yang ada dalam bentuk 3D buat masa ini di rumah!

Post a Comment