Gula Musuh Sebenar Kesihatan Diri, Banyak Jerr Pilihan Untuk Cari Pengganti Gula! – Manis Madu
Pengganti Gula

Gula Musuh Sebenar Kesihatan Diri, Banyak Jerr Pilihan Untuk Cari Pengganti Gula!

Bila sebut tentang obesiti atau diabetes, antara perkara yang perlu dititikberatkan adalah pengambilan gula. Lazimnya penyakit-penyakit ini adalah berpunca daripada pengambilan gula berlebihan.

 

Alamak, kalau kena kurangkan gula tak best lah tak boleh makan manis-manis! Bertenang Maduners, hari ini Madu kongsi dengan korang beberapa jenis makanan yang boleh diambil sebagai pengganti gula.

#1 Stevia

Stevia leaf

Sumber Gambar: Alibaba

Madu rasa ramai yang familiar dengan stevia kan? Stevia merupakan antara salah satu pilihan untuk menggantikan gula dalam kalangan pesakit diabetes. Mereka akan dinasihatkan untuk bertukar kepada gula stevia.

 

Stevia berasal dari Amerika Syarikat Selatan dan telah digunakan secara meluas untuk menyokong kadar gula dalam darah dan menurunkan berat badan dengan cepat.

#2 Madu Asli

raw honeycomb on a white plate with rosemary

Siapa yang cakap tak kenal madu asli memang nak kena babap! Hehe, Madu gurau jerr ya, mestilah korang tahu kan?

 

Untuk pengetahuan Maduners, madu merupakan salah satu pemanis semula jadi terbaik! Ia kaya dengan enzim, antioksidan, zat besi, zink, kalium, kalsium, fosfor, vitamin B6, riboflavin dan niasin. Wahh, banyak nau khasiat. Haa, bukan jerr sedap tapi banyak khasiat juga.

#3 Buah Kering

A mix of dried fruits

Maduners juga boleh memilih untuk mengganti pengambilan gula atau makanan manis dengan buah kering. Buah-buahan kering mengandungi kalori yang lebih kecil berbanding gula dan mengandungi lebih banyak serat dan mineral daripada buah-buahan.

#4 Coklat Hitam (Dark Chocolate)

dark chocolate

Kalau tengah ‘pantang’ air manis atau makanan manis, kadang-kadang teringin juga nak cheat day kan? Haa, sila ganti mengidam korang dengan pengambilan coklat hitam ataupun lebih dikenali sebagai dark chocolate.

 

Ini kerana coklat hitam tinggi antioksidan berfungsi menangkis radikal bebas. Coklat hitam juga membantu menurunkan tekanan darah dan mencegah penyakit jantung.

 

Tapi jangan lenjan banyak-banyak pula ya!

#5 Yogurt

yogurt

Siapa suka yogurt, kita geng! Daripada Maduners makan gula-gula yang manis, lagi best ganti dengan yogurt.

 

Nikmat makan yogurt bukan sekadar bagi rasa manis di mulut tetapi ia juga memberi tekstur berkrim dan sejuk seakan-akan aiskrim. Omooo, sedapnya!

yogurt tambah buah-buahan atau letak madu sikit

Lagi onzz kalau tambah buah-buahan atau letak madu sikit. Mantap!

 

Nak makan benda-benda manis tak salah, tapi korang kena hadkan. Jangan berlebihan hingga menjejaskan kesihatan. Nanti bila dah kena penyakit, nak menyesal pun dah tak berguna.

Post a Comment