Guna Avocado Jadi Facial Mask? 5 Bahan Untuk Manjakan Kulit Muka Dengan Masker – Manis Madu
5 Bahan Untuk Manjakan Kulit Muka Dengan Masker

Guna Avocado Jadi Facial Mask? 5 Bahan Untuk Manjakan Kulit Muka Dengan Masker

Bagi segelintir wanita, mereka tidak kisah berhabis ribuan ringgit demi memiliki produk kecantikan yang ada di pasaran.

 

Namun Maduners boleh jer guna bahan-bahan semulajadi untuk jaga kecantikan kulit. Kos pun tak tinggi sangat dan yang penting tiada risiko apa-apa kerana bahan-bahan semulajadi ini adalah bahan alami dan tiada kandungan kimia.

 

Hari ini Anis akan share 5 bahan alami yang boleh bantu Maduners jaga kesihatan kulit dan jadikan kulit Maduners lebih cun melecun!

#1 Timun

cucumber-768

Siapa tak kenal dengan bahan yang satu ini memang famous untuk tujuan kecantikan. Bukan sahaja sedap dimakan tapi boleh guna untuk rawat pelbagai masalah kulit. Kalau Maduners nak tahu, timun dapat melembabkan kulit kerana ia mengandungi 95% air! Banyaknyaaa!

Timun sangat sesuai dijadikan masker kerana ia sememangnya dapat melembabkan kulit. Maduners boleh gunakan dua cara untuk buat masker dengan timun ini.

 

Yang pertama, Maduners boleh hiris timun nipis-nipis dan tepek jer dekat muka. Satu cara lagi, Maduners boleh kisar timun dan campurkan dengan sedikit air. Buat ini waktu malam sebelum tidur, nanti bila bangun pagi confirm sejuk dan lembab kulit muka!

#2 Tomato

tomato-slices

Anis rasa untuk bahan ini pun Maduners familiar kan? Tomato sangatlah bagus untuk pudarkan bintik-bintik hitam dan akan buatkan kulit Maduners yang kusam jadi berseri-seri. Glowing effect gituuu!

Caranya mudah juga. Maduners hanya perlu potong atau lenyek tomato tersebut dan sapu ke seluruh muka. Biarkan selama 10 minit supaya tomato tersebut menyerap dalam kulit korang. Kemudian bilas dengan air suam dan korang akan nikmati hasilnya.

#3 Putih Telur

putih-telur-768

Putih telur juga boleh digunakan sebagai masker untuk kulit. Putih telur mampu untuk hilangkan jeragat, pori-pori dan liang roma tersumbat.

 

Maduners perlu sediakan tisu muka sebanyak 2 helai dan buat seperti topeng muka kemudian sapukan putih telur pada seluruh wajah. Tunggu hingga kering di wajah dan bilas dengan air bersih.

#4 Yogurt Asli & Madu

honey-and-yogurt

Sumber Gambar: www.liputan6.com

Penggunaan yogurt asli yang dicampur bersama madu juga boleh digunakan sebagai masker. Yogurt itu pula kena guna yogurt asli! Bukan yang yogurt campur dengan buah seperti yogurt mangga, strawberi, blackcurrant dan lain-lain.

yogurt-honey

Sumber Gambar: www.thevocket.com

Campuran yogurt asli dan madu ini dapat bantu untuk berikan kelembapan pada kulit selembut kulit bayi!

#5 Avocado

avocado (1)

Percaya tak yang avocado pun boleh dijadikan masker? Avocado boleh membantu mengekalkan kelembapan kulit, mengandungi vitamin E untuk merawat bentuk kulit dan melindungi wajah dari terdedah dengan radikal bebas.

Maduners boleh campurkan ½ avocado dengan 1 sudu yogurt asli, gaulkan hingga sebati dan sapukan pada wajah. Biarkan selama 20 minit dan bilas dengan air suam. Rawatan ini boleh dilakukan sebanyak 3 kali seminggu.

 

Haa! Lepas ini boleh dah buat masker sendiri dan tak perlu beli dah! Mana satu favourite Maduners? Anis suka yogurt dengan madu sebab bau dia wangi dan semestinya kesan terbaik!

 

~Stay Safe Maduners~

Post a Comment