Guna Gigi Mayat Pilihan Wanita Ini Sebagai Aksesori, Rupanya Ada Sebab Tertentu – Manis Madu
Guna Gigi Mayat Pilihan Wanita Ini Sebagai Aksesori, Rupanya Ada Sebab Tertentu

Guna Gigi Mayat Pilihan Wanita Ini Sebagai Aksesori, Rupanya Ada Sebab Tertentu

Kebiasaannya bila sebut tentang perhiasan wanita antara yang paling kerap digayakan ialah emas, permata, berlian dan lain-lain. Walau bagaimanapun seorang wanita di Australia ini memilih gigi mayat sebagai bahan utama aksesori.

 

Bukan itu jerr, Jacqui Williams juga menjual pelbagai aksesori hiasan diri dihasilkan daripada abu dan rambut mayat, lapor Daily Star.

memilih gigi mayat sebagai bahan utama aksesori 03

Wanita berusia 29 tahun itu mengusahakan Grave Metallum Jeweller bagi menghasilkan cincin, rantai dan gelang menggunakan bahan berkenaan.

 

Jacqui sebelum itu bekerja sebagai tukang kebun di sebuah tanah perkuburan mengakui aksesori itu adalah tanda ingatan buat seseorang yang sudah meninggal dunia.

 

“Saya boleh menghasilkan apa saja menggunakan gigi mayat mengikut kehendak ahli keluarga mereka.

memilih gigi mayat sebagai bahan utama aksesori 02

“Saya menghasilkan aksesori ini bagi membantu orang ramai mengatasi kesedihan kehilangan seseorang yang disayangi,” katanya.

 

Bagi setiap aksesori, Jacqui mengambil masa antara enam hingga lapan minggu dengan kos $350 hingga $10,000 dolar Australia (kira-kira RM1, 000 hingga RM31, 300).

 

Katanya, dia mula membuat aksesori itu selepas membantu seseorang dalam kesedihan kerana kehilangan teman baik beberapa tahun lalu.

 

“Kesedihan menjadi lebih mudah untuk diatasi jika kita berkongsi dengan orang lain,” katanya.

Post a Comment