Guna Lesung Batu & Pes Tempatan, Netizen Puji Cara Mat Saleh Masak Laksa Kari – Manis Madu
Guna Lesung Batu & Pes Tempatan, Netizen Puji Cara Mat Saleh Masak Laksa Kari

Guna Lesung Batu & Pes Tempatan, Netizen Puji Cara Mat Saleh Masak Laksa Kari

Rakyat Malaysia begitu sinonim dengan keterujaan jika melihat budaya atau tradisi negara diangkat ‘orang luar’. Tidak kiralah tentang adat, makanan, tempat-tempat menarik atau lain-lain, jika disebut pasti akan mendapat perhatian. Siapa saja tak bangga dan excited kan!

 

Terbaharu, seorang pengguna TikTok dari luar negara dikenali sebagai @andy_cooks berkongsi video memasak salah satu makanan tradisi Malaysia iaitu laksa kari.

Seperti dijangka, video berkenaan sedikit sebanyak mendapat perhatian netizen Malaysia apabila menu yang dimasaknya merupakan makanan tempatan ditambah pula dia menggunakan pes laksa buatan Malaysia!

 

Bahan-bahan yang digunakan juga lengkap seperti laksa kari yang boleh didapati di Malaysia dan lebih menarik apabila lelaki itu turut menggunakan lesung batu untuk menumbuk bahan-bahan masakan.

 

Rata-rata netizen Malaysia yang menonton video tersebut meluahkan rasa teruja dan kagum dengan cara mat saleh itu memasak kari laksa malah segelintir daripadanya mengatakan resipi yang digunakan lelaki itu hampir sama dengan resipi kari laksa buatan tempatan.

 

Tidak kurang juga ada netizen yang memuji teknik yang digunakan lelaki terbabit untuk menghasilkan laksa kari dan menjadikannya kelihatan begitu sedap dan ‘berjiwa Malaysia’.

 

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencapai 1 juta tontonan di laman TikTok dan dibanjiri dengan ribuan komen serta tanda suka.

Post a Comment