Guna Minyak Masak Lebih 3 Kali Terdedah Risiko Penyakit Bahaya, Ini Sebabnya! – Manis Madu
Guna Minyak Masak Lebih 3 Kali Terdedah Risiko Penyakit Bahaya, Ini Sebabnya!

Guna Minyak Masak Lebih 3 Kali Terdedah Risiko Penyakit Bahaya, Ini Sebabnya!

Menjelang 1 Julai lalu, ramai pengguna yang terkejut dengan kenaikan harga barangan terutamanya barang basah atau makanan. Tidak terkecuali, harga minyak masak juga mengalami kenaikan mendadak daripada RM29.70 sebotol kepada RM42.50!

 

Rentetan daripada itu, pihak Public Health Malaysia (PHM) telah mengeluarkan peringatan kepada para peniaga supaya tidak menggunakan minyak masak secara berulang kali untuk berjimat cermat.

291602824_3236438079979375_4178705303283753644_n (1)

Peringatan yang dimuat naik di laman rasmi Facebook, PHM memberitahu bahawa tindakan menggunakan minyak masak berulang kali boleh menyebabkan terkena penyakit seperti penyakit jantung atau kanser.

 

Hal ini kerana, semasa proses menggoreng, minyak masak akan melepaskan sisa toksik dipanggil aldehydes yang tertinggal di dalam minyak.

 

“Makanan yang digoreng menggunakan minyak yang diguna semula berulang kali akan menyerap sisa toksi aldehydes yang merupakan bahan bahaya yang menjadi punca kanser,” ujar penerangan laman itu.

 

Tambah PHM, radikal bebas yang dihasilkan akan menyebabkan radang di dalam tubuh badan manusia dan keradangan ini juga boleh menyebabkan penyakit jantung, stroke, masalah kegemukan dan kencing manis.

 

“Jika anda perasan, selepas makan makanan bergoreng (yang menggunakan minyak masak berulang), tekak akan berasa perit dan pedih. Ini adalah kerana keadaan berasid minyak masak terpakai.

 

“Kalau boleh elakkan penggunaan minyak masalah lebih 3 kali. Minyak terpakai boleh di jual atau di proses untuk menjadi lilin, sabun atau bahan bahan lain,” katanya.

 

Harapnya tak ada peniaga yang nak berjimat sampai boleh membahayakan nyawa orang ramai. Bukan sahaja dalam kalangan peniaga, penggunaan minyak masak di rumah juga tak boleh digunakan berulang kali tau! Risikonya sama sahaja.

Post a Comment