Guna Paku Bungkus Makanan? Peniaga Tetap Guna Paku Jika Tiada Arahan Jelas Dari Kerajaan! – Manis Madu
Guna Paku Bungkus Makanan_ Peniaga Tetap Guna Paku Jika Tiada Arahan Jelas Dari Kerajaan!

Guna Paku Bungkus Makanan? Peniaga Tetap Guna Paku Jika Tiada Arahan Jelas Dari Kerajaan!

Rata-rata pemilik kedai makan yang menjalankan perniagaan nasi sumatera yang sinonim dengan panggilan nasi paku tetap akan menggunakan peralatan itu sekiranya tiada arahan jelas daripada kerajaan, lapor Kosmo!

paku 1 (1)

Pemilik Restoran Nasi Sumatera Wan Sri di Jalan Dusun Muda di sini, Wan Zulkifli Wan Mahmood berkata, penggunaan paku merupakan salah satu tradisi yang digunakan dalam perniagaan keluarganya itu sejak lebih 50 tahun lalu.

paku 2 (1)

Dia berpendapat, penggunaan paku tidak menjadi masalah besar buat peniaga atau pelanggan kerana ia digunakan pada bahagian luar pembungkusan dan bukan di dalam makanan.

 

“Paku diguna agar pembungkusan nasi sumatera lebih ketat dan bungkusannya tidak mudah terbuka jika pelanggan meminta nasi atau lauk yang banyak.

 

“Tiada lagi pelanggan saya yang tertelan paku setakat ini. Jika khuatir pelanggan akan tertelan paku, kita boleh menggunakan hujah sama pada penggunaan gelang getah, pengokot (stapler) atau lidi pada pembungkus makanan,” katanya.

 

Dia yang meneruskan perniagaan keluarga sejak 20 tahun lalu berkata, dia akur sekiranya kerajaan atau pihak berkuasa mengeluarkan arahan rasmi untuk melarang penggunaan paku pada pembungkusan nasi.

 

Ujarnya, jika tidak boleh menggunakan paku, keunikan dan keistimewaan nasi sumatera di Kelantan sudah tiada lagi malah, pembungkusannya juga sama seperti nasi berlauk yang dijual di kebanyakan gerai.

 

Sebelum ini, Public Health Malaysia (PHM) menyarankan penjual untuk hentikan trend membungkus nasi menggunakan paku kerana paku ini dianggap sebagai food hazard (makanan bahaya).

“Jika ada peniaga yang masih membungkus makanan menggunakan paku, laporkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran,” jelas PHM menerusi Facebook.

Post a Comment