Gunakan Duit Sebaik Mungkin! Ini Dia Cara Untuk Berbelanja Dengan Bijak!
Dalam keadaan sekarang, tempat yang kita lebih banyak luangkan masa bersama keluarga adalah di rumah, jadi sudah tentu kita nak berikan kemudahan dan keselesaan yang paling terbaik untuk keluarga kita. Jadi, apa kata kita berbelanja sedikit untuk upgrade barangan di rumah!
Contohnya ada anak-anak sekarang terpaksa belajar dari rumah dan ada dikalangan kita juga masih bekerja dari rumah. Jadi semestinya, banyak benda yang ada di dalam rumah perlu di tambahbaik seperti telefon pintar, komputer riba, barangan elektrik dan perabot. Yela, bila semuanya serba canggih dan besar baru rasa semangat nak belajar dan work from home!
Upgrade Untuk Kemudahan
Sekarang masa yang terbaik untuk upgrade barangan rumah kita dengan tukar kepada kapasiti yang lebih besar! Bila kita work from home tentunya tak dapat lari dengan “meeting” sana sini. Jadi, untuk penggunaan lebih baik apa kata kita upgrade TV kita kepada screen yang lebih besar dan luas. Anak-anak pun boleh gunakan untuk tonton racangan pendidikan. Tambahan pula dengan spesifikasi yang baru, kita dapat enjoy rancangan kegemaran dengan lebih puas dan senang!
Yang lagi best upgrade barangan rumah ialah, upgrade air-cond kepada inverter. Memandangkan kite lebih kerap berada di rumah, jadi semestinya keselesaan yang kita perlukan ialah tak buat kerja dalam keadaan berpeluh atau berpanas. Yela macam di office, kite sentiasa ada aircond.
Jadi bila di rumah, kalau pasang aircond jenis inverter lama sikit, sedikit sebanyak dapat bantu dalam menggurangkan penggunaan tenaga elektrik yang tinggi! Tak adalah kita takut takut menggunakannya.
Upgrade Teknologi Lebih Canggih
Di samping itu, penggunaan komputer riba dan telefon pintar juga penting sekarang sebab semua perkara kebanyakannya gunakan gajet-gajet ini. Jadi, untuk mengelakkan masalah memori tak cukup, bateri tak tahan lama, jadi kita upgrade pada yang lebih baik spesifikasinya untuk memudahkan urusan kita dan keluarga.
Perabot Yang Lebih Selesa
Paling penting sekali, benda yang perlu upgrade bila sekarang ini kita sentiasa di rumah ialah perabot. Bila dah penat menjalankan tugas seharian, sofa yang besar dan selesa sangat best! Pelbagai kegunaan kalau kita ada sofa yang besar antaranya untuk berehat, untuk kita melakukan tugas ketika work from home.
Maklumlah, tempat di rumah tentunya terhad untuk buat kerja. Kadang kala, ada yang lebih selesa bila ada meja dan kerusi, jadi upgrade meja makan kita kepada yang lebih besar. Senang, bukan sahaja boleh digunakan untuk menjamu selera malah untuk belajar dan bekerja juga boleh!
Kesimpulannya, gunalah duit kita dengan lebih bijak. Tak salah berbelanja untuk upgrade demi keselesaan keluarga. Lagi menjimatkan kalau korang belanja ketika ada promosi!
Jangan risau, COURTS kini sedang menawarkan tawaran hebat di seluruh cawangan tau. Antara promosi yang ada ialah rebat segera sehingga RM340, ekstra diskaun untuk unit ke-2 untuk barangan tertentu, hadiah percuma, penghantaran percuma dan banyak lagi sehingga 24 Mac 2021! Tertakluk terma dan syarat. Ingat Maduners, keselesaan keluarga paling penting terutamanya waktu sekarang yang mana kita banyak luangkan masa bersama keluarga di rumah, dah alang-alang COURTS buat promosi, terus boleh upgrade barangan di rumah sambil berjimat sekarang!
Untuk maklumat lanjut Maduners boleh klik sini.